Random Thursday

Hello gais!

Lama tak usha belog kesayangan hamba. Niat di hati nak share macam-macam. A lot stories to share, yet so little time that I have 😌 Wanna share bout my first honeymoon to super lovely Lombok, my first ever business trip with my dearest husband, my life right now, my fate and many more!

Yeah, but today I just want to write randomly. From bottom of my heart. Well, sebab pepagi bangun tido, aku dah layan cite omputih, Ready Player One, so mood nak speaking tu agaknya dah petang baru hilang 😆😆 kah!

Actually bila habis je tengok cerita Ready Player One tu, aku macam lost kejap dalam dunia sendiri. Otak aku menerawang fikir jalan cerita dan plot twist yang ada dalam cerita tu. Aku cuba faham dan hadam. Well, storyline dia exist! In real life I can say that. For those yang tak tengok lagi cerita tu, cerita tu ringkasnya pasal orang yang main game. Semua orang menghabiskan masa diorang dalam dunia game tu. Jumpa kawan-kawan, buat aktiviti harian dalam dunia game tu. Sedangkan dalam real life, hidup dorang sangat huru-hara. Broken family, takde kawan, tempat tinggal pun usang gila. Diorang tenggelam dalam dunia fantasi yang diorang cipta sendiri, dalam dunia game tu lah.

So what exactly comes to my mind was a reflection. Bila aku fikir cerita tu takde banyak beza pun dengan our real life. Kita lebih appreciate orang online. I mean, kita kononnya lebih memahami someone through whatsapp, social media and stuff. Bila depan mata, kaku. Tak de pun ayat-ayat yang menenangkan as in the socmed. So people loves virtual conversation more than the real life.

Worst case, bila jumpa kawan-kawan atau orang pun, kita masih sibuk main fon chatting with anyone else. Yang depan mata? Tak penting. Mungkin sebab takde emoticon happy, takde ayat-ayat yang boleh buat kita rasa selesa atau lebih tenang. Donno, but its happen.

Kenkadang rasa macam nak letak fon dalam laci. Take a ride on a train. Lepastu turun je memana station yang aku rasa nak turun. Pastu having a coffee or tea in a cafe alone. Sambil tengok pemandangan. I will choose cafe yang menarik la obviously hahaha. Great to have cafe yang jauh dari hiruk pikuk bandar. With simple decoration inside. Nah, imaganisi aku dah jauh. Taktau laa cafe macam tu wujud ke idok.

And then, bila dah rasa macam puas, I'll be back 😌 Tinggalkan semua benda yang tak best, negative thoughts and everything sounds bad there. Balik dengan harapan yang baru.

Hahaha. Sangat komik dan drama. Aku bet benda ni takkan berlaku pun. Hanya boleh berlaku dalam kepala aku je.

So apa point kau sebenarnya? 

Well, point dia mudah je. Hargailah orang sekeliling kau sebelum dia lenyap. Virtual world tu hanyalah ciptaan manusia. Kita cuba tunjuk apa yang kita nak orang tengok. And semua tu tak real pun.

So, be real.


Comments