Travelog : Koh Samui

Alhamdulillah, satu lagi pulau berjaya ditakluki! Ohyeah!

Pada 26-29 Jan yang lepas, aku, mak dan abah ke Koh Samui setelah 2 tahun book tiket ke sana. So ni kes sama macam tiket ke Kota Bharu. Aku main book je, tanpa fikir pape masa tu. Sebab teringin sangat nak pergi lepas tengok orang review pasal Koh Samui, jadi aku pun book jela.

Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Surat Thani airport mengambil masa 1 jam 30 minit. 

Paling haru, aku baru search everything pasal Koh Samui masa tengah tunggu flight sampai. Free je kene marah dengan abah den kahkah (siapa suruh cari pasal en)

So basically perjalanan ke Koh Samui sangat mencabar dan panjang. Akan merasai segala jenis pengangkutan untuk ke Koh Samui hahaha. Tak percaya? Meh aku cite satu-satu.

Pertama,
Dari Kuala Lumpur ke Surat Thani airport dengan kapal terbang
1 jam 30 min

Setibanya di Surat Thani airport perlu ambil pengangkutan lain untuk ke Koh Samui. Perlu naik bas dan naik feri dari Donsak ke Koh Samui. Ambil pakej di airport lebih mudah. Aku amek pakej Phantip Travel. 

Tiba di imegresen Surat Thani, ada 3 kelompok je Melayu weh. Yang lain semua foreigner. Terasa asing disitu. 
Kedua,
Dari Surat Thani airport ke Donsak Ferry Tier dengan bas
2 jam 

Otw ke ferry

Tiba di Donsak Ferry aku ingat terus naik ferry, rupanya anggapan aku meleset sama sekali. Perlu tunggu next ride lebih kurang sejam lagi. Jadi berhuhuhu laa aku sambil minum air. Alhamdulillah, minuman di tempat menunggu tu halal. Sodap lak tu. Bak kata abah aku, “kau tu apa benda je yang tak sedap” hahaha kbai

Ketiga,
Dari Donsak Ferry Tier ke Koh Samui Tier dengan Seantrans Ferry
1 jam 30 min

Sampai jugalah ke Koh Samui Ferry Tier. Dah petang jugak masa tu. 

Keempat,
Dari Koh Samui Ferry Tier ke Chaweng Noi Chalet & Spa dengan van
1 jam

Akhirnyaaa, tempat beraduuu

Alhamdulillah akhirnyaaa, dapat jugak landing atas katil. Masa tu dah malam, gelap gelita dah dekat luar. Seharian perjalanan. Nampak tak flow dia? Flight — Bas — Ferry — Van baru sampai huhu. Amacam thrill tak thrill? Kahkah

Hari pertama dah burn. Kira adventure jugak la nak sampai Koh Samui ni.

Lepas check-in, perut pun dah lapar menyanyi-nyanyi, kami pun berjalan cari kedai makanan halal. Jalan punya jalan, tak jumpa! serious ah. 

Sekali abah waze, yang terhampir lagi 0.4 km. Padahal kitorang dah jalan 0.3 km. Allahu, rasa dia macam nak tercabut kaki. Dah laa jalan je takde apa yang menarik untuk dilihat. Mungkin kalau sepanjang perjalanan ke kedai makan tu ada pasar malam ke, orang jual tudung ke, takde la terasa sangat ye dok? Haha

So makan malam pertama di Faria Halal. Waze je mesti jumpa. Kedai terletak di sebelah Bangkok Hospital. Tak sempat nak ambil gambar sebab lapar sangat. 

Hari kedua di Koh Samui. Tampak indah. Kami keluar dengan harapan nak sarapan sambil meronda naik moto. Kira rempit la. Sekali tengok takde pun kedai bukak. Nak sewa moto perlu tunggu nak dekat pukul 10 baru ada kedai bukak. Wehhh kebulur keh! 

View dari bilik masa nak keluar sarapan

Jadinya mood breakfast pun dah kelaut. Waze kedai halal terdekat. Jumpa, tutup. Jumpa lagi, tutup. Keciwaaa nya. 

Terus lagi akhirnya sampai ke satu kedai halal tepi jalan sebelum jumpa Lamai beach. Makanlah kami dengan lahapnya haha. k takde laa macam tu sangat. Tapi memang terus makan nasi. Kira brunch laa tu. Terpaksa boh. 

Kedai tepi jalan yang menyelamatkan perut

Nak dijadikan cerita, lepas makan perut aku sakit 😆 toilet paling dekat adalah di masjid berhampiran. Dengan direction dalam loghat kelate, aku belasah jela, tawakal bebanyak dalam hati. Rempit je sensorang sebab mak abah tak habis makan lagi. Macam kilat jugak laa hahaha. 

Bila masuk kawasan masjid tu mcm teruja gilaa. Dekat situ ada sekolah. Aku terserempak dengan seorang cikgu yang baru keluar kelas. Mungkin sesi dia mengajar baru je habis. Bertudung akel hitam, serba hitam, senyum kat aku. Muka dia beshe beshe je tapi bila senyum tu boleh cair la. Kbai. 

Masalah komunikasi cam bese ah. Aku cuma sebut ‘toilet toilet’. Dia tunjuk belakang, lepas tu aku sempat reply ‘thank youu!’ sebelum berlari ke belakang. 

Kat belakang tu tak jumpa pulak toilet nya. Ternampak ada pakcik-pakcik tengah berehat atas pondok tepi masjid. So kene ulang lagi, 

‘Toilet toilet’

Pakcik sorang ni tunjuk masuk sana. So tanpa buang masa aku pun pergi toilet perempuan, keluar balik. Sebab dasyat sangat. Terus masuk je toilet lelaki. Berkira-kira jugak nak masuk. And pakcik tu kata 

Takpe masuk je tak payah bukak kasut’

Oh pakcik ni boleh cakap Melayu rupanya

Bila nak balik tu aku jumpa sorang budak kecik ni dengan kawan dia. Kawan dia sedap landing atas skuter aku. Jakgi budak kecik ni cakap,

‘Mu sano, moto dio tu’

Okay aku bet ni mesti budak Pattani sebab dia boleh kecek. Kawan dia cakap dengan dia dalam bahasa Thai. So aku bet budak ni sorang je faham apa aku cakap. So aku pun mencuba jadi peramah ler kat situ herher 😝

‘Mu tak skoloh ko?’

‘Tok. Mu nak gi mano?’

‘Nok gi panta, jauh dok?’

‘Dok jauh ah, belakang sano. Dekak jo’

Lebih kureng ler hahaha. Aku pun belasah je, bukan pandai pun kecek. Asal dia faham sudah 😂

Adik comel yang layan hakak sorang ni dalam loghat kelate

Walaupun moment tu macam sangat pendek tapi rasa macam best sangat. Macam seorang asing yang cuba nak get along dengan masyarakat setempat gitu. Jumpa pulak masyarakat Muslim setempat. Memang seronok 👍🏻

Perjalanan diteruskan dengan meronda satu pulau. Tapi nasib tak baik, moto aku tetiba mati tengah jalan. Tak boleh start. Waduh-waduh, tragedi sungguh. Jarak tempat moto tu mati dengan kedai moto tu dalam 15km. Jadi abah laa yang tolak moto tu dengan moto dia. Sampai dekat bukit memang semput laa sebab susah nak naik. Setengah hari habis tolak moto je. Panas dia tak payah cerita lah, terbakor muka hakak ni 😂

Ke Chaweng ke kita!

Lepas dah dapat moto baru, kami pun terus ke Chaweng Beach. Pantai dia memang lawaaa subhanallah. Tapi banyak dugong ah 😂😂😂 *ifyouknowwhatimean. So nak amek gambar pun macam tak syiok sangat.

Aktiviti air yang boleh dilakukan di sini

Chaweng beach yang super indah, Subhanallah

Map Koh Samui, tapi percayalah tempat lawatan tak banyak pun haha, setengah hari dah habis pusing satu pulau
Oh lagi satu, memang tak ramai aku jumpa orang Malaysia kat sini. Hampir takde. Jumpa pun kat airport je. Maybe Koh Samui memang tak menarik atau kemudahan yang terhad untuk orang Muslim membuatkan tak ramai orang Malaysia ke sini. 

Pada sebelah malam hari kedua, kami mencari night market. Selalunya tempat-tempat gini laa kalau nak beli barang authentic pun. Jadi merondalah kami malam tu. Alhamdulillah ketemu jua. Night market terletak berhampiran dengan Night Market Food Court. 


Waffle yang nampak sedap tapi tak halal, kuang-kuang-kuang

Soap carving, kreatif ooo

Seploh hengget satu, lebih kurang ler

Semua casing Iphone je, cuma disebabkan kedai ostad lagi murah. Sis tengok jela kahkah

So jenjalan night market ni dapat la jugak aku membeli beberapa barang. And tu jela tempat aku beli barang. Betapa banyak lagi duit aku tak sampai. Rasa ajaib! Hahaha. Dan semua aku pulang balik kat abah. Muka bahagia abah takyah cite la 😂 tak pernah anak dia yang sorang ni shopping ada duit lebih, kali ni berlebih-lebih pulak.

Well, honestly Koh Samui takde apa yang menarik pun nak beli. Bosan betul. Haha.

Menyedari perjalanan untuk ke Koh Samui ni panjang, dan flight aku nanti pagi, jadi hari ketiga kami terus ke Surat Thani. Jadi hari ketiga menginap di Surat Thani. Jarak hotel ke airport dah dekat dah, dalam setengah jam dah sampai. Kami sempat bersarapan di perkampungan Muslim nelayan di kawasan Hua Thanon. Alhamdulillah ramai yang boleh cakap Melayu. Kecek kelate laa tapi. Bulih laa asalkan faham hoho

Nasi kerabu Koh Samui be like...

Hari ketiga di Surat Thani pun tak menarik sangat. Ada 1 je tempat makanan halal yang available. Tu pun penuh dan servis lambat. Sedih betul. Tapi sebab no choice terpaksalah. Makanan halal ni penting ya. Nanti jadi darah daging. So tak kesah laa susah sikit asalkan boleh makan. Tu pun dah bersyukur dah.

Hari keempat, masa untuk pulang ke Malaysia. Sempat juga aku usha barang-barang dekat airport. Terjumpa satu tote beg ada tulisan Koh Samui. Dan itulah satu-satunya cenderahati kenangan yang aku beli.

Overall aku rate percutian kali ni 3/5 jela kot. Sebab tak berapa nak puas hati. Aku tak boleh makan tomyam hari-hari which is sangat buat aku down. Hoho. Okay inshaa Allah will update some tips untuk yang teringin nau nak ke sana. Stay tuned k!

Baru perasan panjaaaang betul! Hahaha tahniah la baca sampai habis ya

Selamat membaca dan semoga bermanfaat!

Comments