Resepi Rahsia : Puding Roti Berkuah Kastard

Yo! Lama dah tak update resepi ni 😂😂

Motif sebenar letak resepi di blog ni adalah untuk rujukan akan datang. Yela, setiap kali google kita jumpa resepi, lepas buat sedap pulak. Next time google, dah lupa dah website mana satu yang kita refer sebelum ni. Kaaan dah haru.

Jadinya, post dalam blog sendiri adalah yang paling selamat. Kalau korang suka resepi kat blog aku, boleh dah star siap2 okeh?

P/S: Makan masa puding sejuk baru keluar peti ais adalah yang paling nikmat sekali. Selamat mencuba!

Resepi Puding Roti Berkuah Kastard

Puding Roti

Bahan-bahan:
Roti Gardenia
3 cawan susu
2 biji telur
3 sudu besar gula
2 sudu besar mentega
Essence vanilla 

Cara-caranya:

1. Campurkan semua bahan. Panaskan sehingga sebati.
2. Koyak dan susun roti dalam tray. Tuangkan bahan yang telah dimasak tadi. 
3. Taburkan kismis/kacang
4. Bakar 200'c selama 45min dalam oven atas air yang bertakung

Kuah 

Bahan-bahan:
1 tin susu cair
3/4 cawan air
2 sudu besar gula
2 sudu besar tepung kastard

Cara-caranya:

Masak semua bahan sehingga pekat

Dan sedia untuk dihidang!


Comments