Skip to main content

Review : Bajet Power

Aku dah perasan buku ni dah lama. Sebab fikir banyak lagi benda nak beli, so aku ketepikan dulu hasrat untuk membelinya. Tapi bila Bihah ajak ke bookstore, bila dah nampak depan mata rasa cair pulak kahkah

Jadi, terbelilah dengan jayanya buku Bajet Power karya Harith Faisal ni 😁

Bila aku selak dan selak lagi, baca dengan penuh tekun, rasanya seperti pernah ku lihat sebelum ini. Yes, benda yang sama aku pernah baca dalam e-book which someone gave me a few months ago. Nah, ni kira macam ulangkaji ler hoho. Dan tatkala aku membacanya, aku sedar yang aku tak banyak perubahan pun since the last time I read those words. Mungkin masa tu masih belajar so tak berapa nak applicable. Tapi sekarang nampak la kepentingannya tu 😆

Bila dah sedar tu, boleh la slow-slow buat perubahan kan
Sekali lagi, hakak kasi buku ni 5 bintang sebab buku ni colourful (I loike!) dan sangat bermanfaat. Gaya penulisan pun sempoi dan sampai ke hati, gituh. Highly recommended 👍

Comments