Skip to main content

Salute!

Alkisah minggu lepas, mak dan angah pergi bercuti ke Bandung. Jadi, tinggallah aku bersama adik lelaki 2 ketul dan abah. Dan serta merta tugas mak tu beralih kepada aku.

I thought it was easy at first. Malangnya, aku silap.

Disebabkan mak selalu masak dekat rumah dan angah memang ambil seni kulinari jadi aku memang sejak azali jarang gila memasak. Dengan duduk asrama masa sekolah. Belajar pulak jauh nun di Sarawak, duduk kolej lagi. Memang susah laa jumpa dapur. Bukan cerita tak pernah masuk dapur tapi jarang la masak. Selalunya aku ambil part penyediaan bahan-bahan masakan dan basuh pinggan je. Easy peasy.

Tapi bila dah mak dengan angah takde dekat rumah. Secara paksa relanya aku kena lah masak jugak hahahahaahhaa. Aku kalau sampai bab masak ni memang aku cuak. Bukan tak reti tapi tak berani. Confidence level aku boleh menjunam tahap beku. Hahaha sadis betul.

4 hari jadi chef dekat rumah. Alhamdulillah everything went well. Dengan bantuan Prof Google, semuanya berjalan lancar. Im glad walaupun aku tak reti sangat tapi aku selalu tengok mak aku masak so aku tahu laa nak buat apa. Naseb baik sedap! Hahahaahaha. Kira berjaya la sebab aku en jarang experiment masak sendiri.

Tetiba aku teringat quote Mr Gusto dalam cerita kartun Rat-ou-to-ei, *sila ignore ejaan dia

“Everyone can cook”

Oleh itu, saya Marjana Darus bersetuju dengan pernyataan itu

Bunyi macam smooth je sampailah satu hari tu abah kata dia tak sempat masak. Aku fikir takkan la nak makan luar lagi. Aku yang balik dari internship *sumpah-penat-gila, terus ke Segi Fresh *pasaraya membeli lauk pauk, seterusnya pulang ke rumah dan memasak! Tuhan je tahu betapa penat nya rushing macam tu. Even masa beli barang-barang tu pun aku berlari. Sebab tengok jam takut tak sempat nak masak untuk berbuka puasa.

Haru betul rasanya.

Balik rumah, aku terus panggil abah mintak tolong siang sotong untuk kerabu sebab aku memang tak sempat. Rasanya masa tu aku dah cuba untuk bertindak sepantas kilat dan akhirnya segalanya selesai masa azan maghrib. Nikmat betul dapat hirup sirap bandung sejuk sambil duduk masa buka puasa tu. Akhirnya dapat juga duduk. Huhu.

Masa abah tengah siang sotong, aku sempat meroyan,

“Abah, penat gilaaaaaaaaa rasa nak nangis. Macam mana ramai orang bekerja? Bila diorang masak? Yang beranak ramai tu cemana pulak? How they do that? Tak leh brain ah. Along yang baru intern pun dah penat gila, balik kena berkejar masak pulak. Bapak ah penat. Along tak nak kerja dah lepas ni please?”

Abah menyambut keluhan aku tu dengan gelak, seraya berkata,

“Baru kau rasa penat dia. Abah dah puas kerja office hour. Well, semua orang terpaksa.”

Dan perbualan tu berakhir macam tu je. Aku pun buat kerja sambil otak aku dok fikir macam-macam. Haih. Mana tak penat, tangan bekerja, otak pun sibuk bekerja huhuhuhu

Malam tu memang aku pengsan (baca: tidur) awal. Dalam hati meroyan cepatlah mak balik.

Masa ni aku dah terfikir kat semua wanita bekerjaya. Aku tak tahu cemana nak gambarkan betapa aku tabik spring laa dengan diorang. Sungguh. Tak kurang juga wanita bekerjaya yang berjaya mendidik anak-anak mereka jadi ‘orang’, yang turut berjaya dalam bidang masing-masing. Adore habis.

Tahniah para ibu sekalian, sesungguhnya anda semua adalah idola sayaa


Comments