Skip to main content

Cerita Raya 2017

Raya tak puas sangat sebab dah kene praktikal

Rasanya tak terlambat nak cerita pasal raya tahun ni, #RayakanSebulan

Tahun ni kami sekeluarga memakai pakaian raya bertemakan biru. Nampaknya ramai jugak yang sama biru, macam dah trend pulak

Bila dah 22 tahun ni, raya takde la meriah sangat. Cuma raya ni lebih bermakna bila dapat jumpa sedara mara yang jauh, jumpa pun setahun sekali. Jadi bermaknalah raya ni dengan pertemuan-pertemuan ini.

Alhamdulillah masih dapat duit raya!

Masa beraya rumah Paklang dekat Temin, paklang cakap;

‘Along tahun ni dah tak boleh dapat duit raya, sebab dah habis belajar’
‘Ehhh kenapa pulak macam tu, along belajar lagi lah’
‘Belajar apa?’
‘Belajar masak’

😂😂😂😂😂😂😂

Hahaha dan akhirnya paklang tetap bagi duit raya, dan mencatat rekod jumlah paling banyak duit raya untuk tahun ni, hehe maceh paklang.

Sebab dah lama gila tak jumpa geng Cucu Cik Kiah (CCK), sakan jugak laa bila raya ni. Susah sangat nak jumpa semua orang, sembang kencang dalam group Whatsapp je. Walaupun sempat jumpa Amir dan Farhan je, tapi tetap seronok! Bila dah besar ni, topik nak borak pun dah lain. Semua dah matang dah. Hahaha. Dah besar dah adik-adik aku ni. Macam tak percaya. Rasa macam baru je lepas main kejar-kejar dekat halaman rumah nenek. Mir, Farah, Nazuha dan lain-lain mohon kosongkan masa anda masa cuti raya Haji nanti k. Ada jodoh kita jumpa 😘

Kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Islam, saya ucapkan;

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin



Comments