Skip to main content

Thank you Ice Watch!

Nak jadikan cerita, strap jam lama aku macam terkeluar sikit dari landasan jam tu *ganas sangat. So haritu aku pun mencari la fesbuk page Ice Watch Malaysia sebab nak contact customer service memandangkan jam ni masih under warranty.

Masa bukak page tu ternampak pulak post contest ni, so aku macam eh ni boleh join ni menarik ni hahaha. Tapi aku biarkan dulu sebab aku takde masa nak shoot gambar cantik untuk contest ni.


Lepas aku PM page ni, dia pun suggest untuk bawa jam ke galeri ice-watch terdekat so boleh tukar kat sana. So aku pun ke Vivacity Mall. Sales boy tu kata tukar strap tu tak sampai RM50 tapi kene tunggu at least sebulan tempoh baiki. Aku cam, ‘What?’ I can’t live without my watch sobs 😢

Masatu mata aku sempat lagi usha Duo Collection dalam bekas kaca tu. So, plan aku, aku kene menang jugak contest ni, so aku boleh beli baru. Lepastu jam lama hantar repair, sementara tu aku boleh la pakai jam baru.

Jadi dengan tekad jitu tu, balik je dari Vivacity tu, aku terus shooting gambar jam tu kasi cun. Lawak betul. Naseb baik member jenis melayan.

Gigih gilaa

After a few shoots, aku rasa ni yang terbaik. Aku pon post online and set kepada public post.

Special thanks to Iphone 7 and Vsco

Beberapa hari pun berlalu...

Pagi semalam masa on the way pergi program SL1M dekat UNIMAS, aku cakap dengan Sabrena;

‘Aku rasa macam tak menang je. Takde pun dapat notification ke apa ke. Lagipun masa hari last contest tu ramai pulak upload gambar lawa’

‘Eh yeke, aku rasa boleh je kau menang tu. Percayalah’

Mungkin doa sahabat sejati ni makbul 

Petang tu masa aku tengah kemas-kemas barang dalam lab, aku tengok fon ada notification fesbuk masuk. Ice Watch tagged aku. Berdebar beb aku nak bukak tu! haha. Alhamdulillah aku menang! *nangis. Walaupun tempat ke-5 kan, janji menang. Hahaha. Sebab hadiah dia sama je.


Terima kasih kepada semua yang support! Terima kasih juga untuk doa kalian. 💖💖

Yay, boleh beli jam baru yay! 😁

Comments