Skip to main content

Skincare Routine

Sejak dua menjak tiga menjak ni aku rasa level kedewasaan aku dah naik level baru. Achievement unlocked 😎

So yeah, now I’ll talk about skincare.

Seriously? Yes.

Haritu jumpa Mary Kay beauty consultant, dia kata umur 22 ke atas dah patut ada awareness nak jaga muka sebab takut nanti dah tua muka teruk huhu sedih en. Prinsip aku senang je, tak perlu pun nak putih flawless. Cukup la bersih, takde penyakit, takde jerawat batu. Tu pun dah bersyukur sangat-sangat dah. Tapi benda macam tu tak boleh dapat kalau kau doa je, usaha malas. Jadi, ayuh!

Jadi, disebabkan aku ni macam dah ada kesedaran sikit. Aku pun start buat research dekat youtube, blogger, baca semua benda pasal skincare routine and stuff related. Masa mula-mula usha tu rasa macam OMG patut laaa cantik hahaha. Kau ingat senang nak jadi cantik? Penuh satu meja pebenda ntah barang-barang. Tu tak campur make-up lagi. Memang banyak la belajar term baru. The best part is, aku tahu banyaaaaaak benda baru. So it’s becoming more exciting! Nak buat cane, aku bedak pun beli setahun sekali je, tu pun tak habis. Kene buang sebab dah expired! HAHAHA just imagine!


Bila aku dah baca semua benda tu, aku boleh buat konklusi untuk hindari local skincare product. Im strongly suggest untuk pakai products dari drugstore. Sekarang ni drugstore pun belambak. Watson, Gurdians, etc etc. Currently I’m using Simple Skincare. Macam okay tapi tak tahu lagi sebab baru je torai. Sebelum ni pakai Cetaphil. Yang ni memang ohsem! Kau takkan keciwa. Sesuai untuk muka yang breakout. Mary kay pun okay tapi mahal bakhang, so I telan liur je. Beauty consultant tu kata nanti boleh buat hantaran, aku macam herher *muka senyum kelat

Produk yang baik takkan dapat effect serta merta. So produk-produk yang boleh mencantikkan dan memutihkan lebih putih dari tangan tu, haaa better watch out. Takut ada barangan terlarang. Percayalah, putih-putih sangat pun tak ke mana. Semua tu ada bahan yang menipiskan kulit tau. Dan ianya sangatlah bahaya. Bila kulit makin putih, makin terdedah dengan bahaya sinaran UV matahari. Sebab tu masa belajar dalam kelas, kalau ikut rakyat Malaysia, andaikata la ramai yang kena kanser kulit, orang yang paling gelap yang akan selamat dan high change untuk terhindar daripada yang kulit putih. Melanin works at its best! *poyo jap jadi budak sains


Selain skincare routine yang betul, benda lain pun kena jaga jugak,
-          Tidur yang cukup
-          Makanan seimbang
-          Banyakkan bersenam

Aku rasa tips lain tu sama je macam mengamalkan gaya hidup sihat. Jadi, ayuh!

Kesimpulannya, membaca jambatan ilmu *tetiba. Ayuh jadi sihat! 

Comments