Skip to main content

Akhirnya 2 Tahun Pun Berlalu

Semalam, secara rasminya tampuk kepimpinan PEMBINA UNIMAS bertukar wajah. Literally, memang rasa happy sangat. Dah lepas dah. Tapi dalam hati rasa sayu kot.

2 tahun terlalu banyak mengajar untuk jadi lebih kuat dari segala aspek. Bermula dari memegang jawatan sebagai Penolong Ketua Biro Bakti sehinggalah menjadi orang kedua tertinggi dalam organisasi, sebagai Ketua Beliawanis. Pengalaman yang sangat berharga, serious. Susah nak describe. And later I can conclude, this is really from Zero to Hero. Haha.

Kepada semua pimpinan yang telah mengharungi segala suka duka bersama, terima kasih untuk semua jenis kenangan. Macam-macam kenangan yang dapat. Inshaa Allah, bakal menjadi kenangan terindah bila BFG nanti.

Kepada semua hadek pimpinan baru, teruskan usaha dan terus meneraju arus! Anda lah harapan kami untuk meneruskan dakwah dan tarbiah di bumi Kenyalang ni. Jangan putus asa dan terus berjuang. Gunakanlah peluang yang ada ni untuk menimba banyak ilmu baru, tambah pengalaman, buatlah salah banyak-banyak, dan sentiasa belajar dari kesalahan untuk jadi lebih maju di masa akan datang.

Percayalah, setahun tak lama dik. Akak yang 2 tahun pun rasa kejap sangat. Tapi setahun ni la yang menentukan kesinambungan perjuangan PEMBINA di tanah UNIMAS ni. Inshaa Allah, semoga dipermudahkan segala urusan. Yosh! 💪




Comments