Review : Jejon Di Jepun

Menjadi kebiasaan kalau masuk lab, aku akan bawak satu buku. Sementara menunggu tu boleh membaca. Murni tak? Haha kbai.

Beberapa hari lepas, buku-buku yang aku order dari Bookcafe telah selamat sampai. Buku ni pun salah satu yang aku sempat grab. Bila pandang travelog Jepun tu rasa tak keruan kalau tak ‘Add to chart’ hahaha tahpape. Itupun aku terpaksa delete a few more travelogue books selepas bermuhasabah panjang. Yela, aku perlu beli buku ikut keperluan. Dan sekarang focus pembacaan aku bukan travel.

Okay get back to this book, buku ni ohsemmmmmmmmmmm!

Kenapa? sebab buku ni rupanya komik dan fully coloured. Omo aku tak perasan lansung ni komik. Ingat just like other ordinary travelogue books yang cerita pengalaman diorang masa travel. And buku ni bersambung, haha bese la komik kan. Tak pasal-pasal aku kene kumpul nanti, cis. Bila dah cerita pasal komik tu, aku nak komen lukisan dia. Kawaiii! So konklusinya, aku suka buku ni dan komik dia dan jalan cerita dia.

Dan buku ni cerita pasal Kyoto. Selalunya buku travel Jepun pasal Tokyo. So aku rasa menarik jugak. Aku terfikir nak jejak Kyoto, Sapporo, Saitama etc etc. Kena pindah kot aku rasa

Masa dalam lab tadi, aku rasa aku baca buku ni tak sampai setengah jam dan membuatkan the rest of the day in the lab sangaaaat bosan. Aku termenung je tengok fon. Scroll newsfeed fesbuk sampai lebam. Bosan gila. So lesson of the day, lepasni maybe aku kena bawa buku standby sebab takut bosan.