Pertama Kali 'Scaling'

6 Februari 2017 | ISNIN 

Semasa cuti pertengahan sem yang lepas, aku sempat ke klinik pergigian berdekatan rumah untuk membuat ‘scaling’ atau bahasa mudahnya cuci gigi. Selama hidup 21 tahun ni, aku tak pernah sekalipun menjalankan rawatan tersebut. Atas nasihat seorang doktor gigi di Sarawak, jadi aku pun dengan gigihnya ke klinik gigi tersebut untuk mendapatkan rawatan.

Sebenarnya, lepas kehilangan 2 batang gigi pada tahun 2016, aku jadi lebih concern dengan penjagaan gigi. Makan aiskrim pun dah jarang, huhu. Serik weh. Berbekalkan RM100 pemberian abah, aku menuju ke kaunter pembayaran.

“Assalamualaikum. Nak tanya kalau nak buat scaling berapa ya kos rawatan dia?”

“Kos rawatan dari RM50-150 mengikut ketebalan karang.”

Lepastu aku pun terus menunggu panggilan nurse ke dalam bilik rawatan dengan harapan karang aku tak tebal sangat jakgi tak cukup pulak duit haha

Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Ada la jugak berdarah-darah, tapi rasa memang bersih la gigi.

Sebelum keluar dari bilik rawatan, doktor yang baik tu pesan tips penjagaan gigi. Meh nak share.

Tips Penjagaan Gigi

1.       Sebaiknya ‘scaling’ dilakukan sekali setahun. Bak kata doktor tu, sempat la karang tu nak tebal sikit, baru sedap nak cuci haha
2.       Gosok gigi paling kurang 2x sehari
3.       Gunakan flos gigi untuk buang makanan tersekat di celah gigi
4.       Gunakan mouthwash (lesterine etc) sebelum tidur dengan 3 syarat (Jangan campur dengan air, jangan kumur dengan air selepas menggunakan mouthwash, jangan minum air selepas tu)

Kredit: Klinik Pergigian Utama, Teluk Panglima Garang

Sebelum aku pun terlupa, bagus aku share dekat sini. Nanti senang nak rujuk sekali.

Haa, yang tak pernah scaling tu, jangan berlengah lagi. Dapatkan klinik gigi terhampir anda sekarang. Kalau nak murah pergi klinik kerajaan, RM1 je. Kalau nak cepat pergi la klinik swasta, harga ikut ketebalan karang anda. Kos rawatan haritu RM90.

Penulisan ilmiah sekali-sekala. Semoga bermanfaat!