First Impression

18 Februari 2017 | SABTU

‘Tulis nama dekat bahagian atas sekali, lepastu lipat. Pass kertas pada orang sebelah. Orang sebelah akan tulis first impression tentang nama atas kertas tu. Dan pass lagi sampai semua orang tulis.’

And the paper went around

Berkenalan dengan orang baru ni lebih seronok kalau disertakan dengan ‘game’ untuk pengukuhan ukhwah. Game ni akan berjaya kalau kebanyakkan peserta memang baru pertama kali jumpa. Masatu baru la keluar yang pelik-pelik wal negative.

Rasanya sejak mengenali game ni, tak pernah lagi lah sistur dapat yang negative sangat. Selalunya benda sama je. Bebudak sanguine ni memang menyerlah haha susah nak sorok perangai.

Tapi rata-rata first impression memang bad thought or negative values. Contohnya sombong, berlagak, tak mesra, tak friendly..and the list goes on.

Sebenarnya mentality kita yang dah di set macam tu. Kita senang nak suruh orang ber-husnuzon (baca: bersangka baik) tapi diri sendiri susah nak amal. Bila kita nampak orang lalu pun kita boleh judge sesuka hati je, apatah lagi yang memang sekelas ke apa ke.

Mungkin ni sangat biasa di kalangan perempuan, well I donno the opposite gender how they react to strangers. Tapi kaum wanita ni memang selalunya negative laa haha can’t deny that

Bersangka baik ni sebenarnya kene banyak practice. Yes, kan ticer sekolah kata ‘Practice makes perfect’. Same goes to this one. Kalau nampak orang tu muka dia masam je, cuba try didik minda tu untuk interpret perkara yang murni-murni je. Mungkin dia sakit perut, kucing dia mati, experiment dia gagal atau sebagainya.

Kebenarannya adalah bersangka baik ni susah. Tapi tahukah anda ia adalah peringkat ukhuwah yang paling rendah. Ya, tak tipu punya. Paling bawah sekali, berlapang dada. Jadi sama lah tu. Bila kita boleh bersangka baik, secara tak lansung kita dapat berlapang dada dengan seseorang tu.

Jadi, marilah kita bersama mempraktikkan husnuzon dalam kehidupan seharian!

Sila jangan dengki sangat. Ni orang lain yang tulis kot. I tatauuu hahaha 😆