Skip to main content

Aku dan Blogger

15 Februari 2017 | RABU

Hujan lebat di UNIMAS bumi Sarawak.

Hari ketiga di semester baru, sangat tenang. Hidup hanya berkisar sekitar makmal dan kolej.

Bila buka dashboard harini, macam biasa, reading list tak banyak sangat. Ya aku perasan. Sejak munculnya banyak platform media sosial macam Twitter, Snapchat yada yada, Blogger seolah-olah semakin dilupakan. Yelah, sekarang nak update panjang-panjang pun boleh post dekat status Fesbuk je. Lebih ramai orang boleh tengok bila di set ‘Public’. Lagi banyak like, komen dan share, lagi seronok. Ye dak?

Kenapa kau masih blogging? Dah 2017 ni weh!

Ikr! Aku rasa blogger ni tempat paling ohsem nak meluah. Aku tak perlukan popularity atau publisiti pun. Ni ruangan peribadi. Such a perfect online personal diary. Sebab setiap kali aku scroll entry lama, mesti rasa nostalgia habis. Dengan gaya tulisan tak matangnya, muka serabainya. Well, serabai pun aku jugak haha

Aku mula blogging masa sekolah menengah. Itu pun dah banyak entry aku buang. Mengarut je. Tapi masih ada yang aku simpan, untuk tatapan masa depan. Nanti dah tua aku boleh review balik perjalanan hidup aku. Pahit manis masa muda. Nice kot!

Terima kasih kepada yang masih membaca blog aku  😉 (if there is any)

For those yang masih ada blog, keep blogging. Aku nak baca!