Review : Mentaliti Jamban

30 Januari 2017 | ISNIN

Selamat Menyambut Tahun Baru Cina!

Disebabkan lab tutup semalam, jadi dengan sedikit pujukan, aku dan rumet baru (baca: Migha) keluar berjalan-jalan raya ke Kuching. Kami sempat membeli buku di MPH The Spring Kuching. Alhamdulillah, ada offer. Seronok! 😂

4 buku berjaya ‘diculik’. Salah satunya ialah buku Mentaliti Jamban.

Ewwwwwwwwwwww, buku apa tu?

Credit: Google

Mungkin aku memang jenis suka tajuk yang over atau menarik perhatian macam ni. Macam sebelum ni, aku tertarik nak baca buku Mak Kau Hijau terbitan KopiPress. Aku rasa tu hanya teknik pemasaran sebab walaupun tajuk dia macam tu, content dia memang terbaik. 10 bintang hakak kasi. 👍🌟

Back to the main topic, buku ni. Buku karya Khairul Abdullah bertajuk Mentaliti Jamban. Dengan bangganya aku ulang ayat sama seperti masa aku habis baca buku Mak Kau Hijau. Penulis telah berjaya menempatkan dirinya dalam list ‘My Favourite Author’. Tahniah!

Dari tajuk, mentality jamban tu sendiri dah nampak sebenarnya apa yang nak disampaikan. Ya, mengenai mentality, akhlak dan adab orang Malaysia. Paling tak boleh tahan tu, hampir 80% dari cerita yang disampaikan pernah kene kat batang hidung aku sendiri. Mungkin aku agak ignorant, sebab aku buat taktahu je, sebab aku fikir mungkin aku je yang perasan. Tapi kalau dah dibukukan dan ramai jugak yang menyokong, aku kira aku tak keseorangan kot mengalami masalah ni.

Bila penulis membandingkan sikap masyarakat Malaysia dan masyarakat luar negara, apa yang aku nampak jelas ialah perlu dan pentingnya kita menjelajah ke negara orang bila berpeluang. Niat mengembara tu sendiri kene betul. Bukan setakat nak update dekat Instagram lepastu nak like komen yang belambak akhirnya tak membawa kepada apa-apa kemajuan hidup pun.

Dalam Islam pun kita ditekankan untuk mengembara dunia luar untuk menimba ilmu dan pengajaran daripada masyarakat sekeliling. Mungkin lepasni aku patut letak Eropah dalam travel-wishlist.

Surprisingly, aku baru je perasan lepas tengok blog inche penulis, rupanya ni buku kedua dia selepas buku I'm Backpacker Europe yang mana aku dah pernah baca pun! Haha, sila baca review di sini.

Jadi, untuk buku Mentaliti Jamban ni aku hadiahkan 10 bintang! Sangat terbaaaaik 👍👍

Okay dah, moving to the next book. 🙋