Skip to main content

Review : Kuch Kuch

Review : Kuch Kuch

28 Januari 2017 | SABTU

Alhamdulillah, selesai baca buku Kuch Kuch.

Semangat baca dalam lab 😂

Buku apakah? Kuch Kuch Hota Hai?

Bukan bukan. Ni buku Indie tulisan pelajar perubatan dan pergigian di India. Since im soo into these indie type of books, so saje nak try la buku ni. Dan bila tau penulis tu dari kalangan pelajar perubatan, ada sedikit expectation di situ. Dan mengenali salah seorang penulis buku tu, menjadikan diri lebih excited untuk memiliki buku tersebut. Nice one, Kak Shat!

Pembacaan demi pembacaan sampai ke akhirnya, buku ni lebih kepada mengajak pembaca berfikir tentang kehidupan seharian yang kita lalui sehari-hari. Betapa hidup ni singkat dan perlukan perubahan.

Buat yang sedia berada dalam landasan dakwah dan tarbiyah, buku ni memang reminder yang terbaik la. Sebagai da’i apa yang patut kita buat dan macam-macam lagi.

Jadi, apakah maksud Kuch Kuch sebenarnya?

Kuch Kuch: Sesuatu sedang berlaku

Sesungguhnya sesuatu sedang berlaku, dan dimanakah kita?