Skip to main content

Review : Cikgu Kelas Sebelah

31 Januari 2017 | SELASA

Buku seterusnya, Cikgu Kelas Sebelah karya Cikgu Fadli Salleh. Best! 👍


Rasanya, aku dah mula suka buku bergenre kerjaya. Sebelum ni, aku berjaya kumpul banyak buku pasal kehidupan pegawai perubatan. Segala buku yang berkaitan medic semua aku belasah. Cantik je susun atas rak hehe

Kali ni, buku tentang kerjaya cikgu pulak. Aku tak nafikan susah nak jadi cikgu zaman milenia ni. Zaman sekarang ni budak-budak dah maju. Kecik-kecik dah main Ipad. Kalau cikgu masih di takuk lama, nampaknya habis kena buli jela dengan budak-budak. Nak mendidik ni kena kreatif. Menyedari hal ni, tak peliklah bila adik aku bawak mainan pergi sekolah. Bila ditanya, adik aku jawab,

“Takpe, cikgu tak marah pun.”

Pulak.

Tapi bila aku tanya, cikgu tu best tak mengajar? Dia akan jawab, best!

Yes, as expected!

Aku rasa dengan mendalami budak-budak tu je cikgu akan dapat menyampaikan didikan dengan berkesan. Aku rasa la hehe.

Selepas buku Mak Kau Hijau, buku Cikgu Kelas Sebelah ni betul-betul buat aku mengekek ketawa. Lawak weh cerita budak budak darjah 1. Percayalah, kau akan baca sambil teringat perangai nakal kau masih kekecik

Awww rindu sekolah 😌

Kadang-kadang aku nak je cakap dengan bangga,

“Sape dulu masa kecik dia budak baik dan skema mesti tak best hidup dia, tak banyak cerita nak ingat bila dah besar. Nasib baik aku nakal masa kecik”

Hahahahaha, apa punya pemikiran daaaa 😆

Oh aku dah usha beberapa buku lain yang kena mengena dengan profesion cikgu ni. Mungkin aku patut baca buku Bukan Salah Cikgu terbitan Kopipress. Lama dah usha actually, tapi sebab buku tu nampak berat, sis takut nak beli

Okay dah, moving to the next boooook 😎