Mak Yang ke-4

31 Januari 2017 | SELASA
Rasanya adrenaline malam ni super laju seiring lajunya idea dalam otak 😁

Dalam hidup aku, aku ada Mak, Mama dan Umi. Baru-baru ni aku dapat ‘Mak’ baru menjadikan beliau Mak yang ke-4. Yelah, mama dan umi pun mak juga en.

Mak, mak yang melahirkan. Yang sama tarikh lahir. Sangat penyayang dan teman bergaduh paling best 👍

Mama, kakak sulung abah. Mungkin sepatutnya dipanggil Maklong tapi disebabkan aku ni manja time kekecik, dia panggil aku ‘Manja’ hahaha. Dah besar ni memang aku marah la kalau panggil cemtu lagi 😏

Umi, kakak kedua abah. Mungkin sepatutnya dipanggil Makngah tapi disebabkan Umi takde anak perempuan, aku antara yang paling rapat jugak la dengan Umi. Dan dengan takdir Allah, menantu Umi yang pertama pun nama dia lebih kurang aku 😂

Mak yang ke-4 ni, mak usrah aku. Hehehee. Panjang en aku intro. Haritu saje try test panggil beliau ‘Mak’ lepastu dia layan je. Nasib laa dapat ‘anak’ nakal. Ni laa mak yang penat melayan anaknya dalam proses mengenal tarbiyah dan pembinaan rohani. Terima kasih mak. Jasamu akan kukenang sampai bila-bila. Tinggal beberapa purnama sahaja lagi sebelum meninggalkan bumi ribath Sarawak. Adeh, touching betul lah bila ingat. Sobs. Doakan kami tsabat dan qowiy ya Mak.

Nukilan yang agak rawak di malam selasa,

P/S: Ana akan merindui semua akhwat bila balik nanti, percayalah! *nangis lelaju*  😭