Coretan #HIMMAH2016

8 Disember 2016 | KHAMIS

Sekembalinya dari #HIMMAH2016, I feel different!

Seolah-olah menyahut nama program itu sendiri, HIMMAH = Keazaman. Walhal, HIMMAH disini bermaksud Himpunan Mahasiswa. Tapi boleh jugak la, double meaning kan.

Dari Sarawak ke Dengkil tu sendiri merupakan satu mujahadah yang besar. Pada masa yang sama ada 3 event besar yang rasanya penting sangat. HIMMAH, program Biro Rekreasi dan Pertandingan Ping Pong FSTS. Jadi sangat keliru bila rasa nak support program Biro rekreasi, yelah member baik kot. Lepastu setelah satu sem menunggu akhirnya karnival sukan FSTS nak buat masa tu gak. Dah la tengah gian nak lawan pingpong. Akhirnya, muncul HIMMAH. Walaupun tak pernah pergi. Tapi aku dapat rasakan yang program ni mesti ohsem tahap giga. Sebab PEMBINA seluruh Malaysia berkumpul kot.

Bila hati rasa lebih menjurus kepada HIMMAH. Next step, usha tiket flight. Tu mujahadah kedua. Mahal bak hang. Balik cuti pun tak pernah semahal tu. Lepastu tajdid niat balik. Bagitahu parents, diorang macam tak kesah sangat. Sebenarnya sebab dah lama tak balik. Aku rasa diorang rindu hewhew. So yeah, setel bab tu. Dan penantian ke HIMMAH tu memang penantian yang dasyat. Berdebar sepanjang masa.

Bila dah sampai sana, Alhamdulillah semuanya baik baik belaka! Bila Kak Hanan Othman menyapa dengan nama, rasa macam haiiiiiih ada jugak orang kenal. Sis terharu. Mencari-cari jugak geng masa pergi Majlis Pimpinan Universiti haritu. Tapi tak Nampak lagi, maybe dorm lain lain.

As expected, akhwat memang ohsem. Memula je nampak macam shy-shy-cat. Lepastuuuu memang melekat tak habis. Bercerita sampai sudah. Terjumpa Kak Hanan Humaira, dia baru balik BFG. Qowiyy nyaaaa akak. Sis kagum. Dalam hati berdoa, semoga aku pun boleh jadi macam tu. Hopefully.

And yeah 3 hari yang padat sangat dengan pengisian yang mengegarkan jiwa pemuda. Serious, semangat jadi berkobar-kobar lepas balik tu.

Itulah dia, HIMMAH!

Melahirkan ramai rijjal yang berjiwa Himmah Aliyah!

Tahniah team HIMMAH, in shaa Allah 2 tahun lagi kita jumpa