Ummah Prihatin

6 November 2016 | AHAD

Alhamdulillah. Sekali lagi berpeluang berprogram dengan masyarakat setempat. Kali ni di Sekolah Pendidikan Khas.

Serious, tak pernah terbayang macam mana kehidupan budak-budak kecik dari darjah 1 terpaksa tinggal di asrama dan jauh dari keluarga. Dah la tak boleh bercakap, tak boleh dengar, family jauh, semua kene survive sendiri. Tabahnyaa *sobsobsob*

Tapi bagusnya sekolah macam ni, sekurang-kurangnya masih ada ruang untuk budak-budak ni untuk belajar jugak macam orang lain. Paling tidak, boleh berdikari. Pakai makan semua boleh setel sendiri.

Cukuplah dengan memandang adik-adik ni je dah rasa insaf. Muhasabah dalam sikit. Allah dah bagi kita ni sempurna dah. Cukup segala benda. Maka nikmat Tuhan yang manakah yang engkau dustakan?

Jujur, akak bangga dengan adik semua! Tabah, pandai hidup berdikari, comel pulak tu mueheheheh #tetiba

Semoga usaha kami yang sedikit untuk mencantikkan kawasan sekolah bermanfaat kepada banyak pihak. Mana tau lepasni adik-adik nampak je pokok bunga akak-abang ni tanam, terus teringat kitorang

In shaa Allah, lepasni banyak lagi boleh buat program macam ni.

"Barangsiapa yang meringankan salah satu kesusahan seorang mukmin di dunia, maka Allah akan meringankan salah satu kesusahannya di Hari Kiamat" - HR Muslim

Bersama adik(s) comel!

Bila anda terlalu fokus dengar ucapan hoho

Sis tolong amek gambar jer >,<
Sebelum make over


Selepas make over





Sebelum make over
Selepas make over