Skip to main content

Inspire

27 November 2016 | AHAD

“Aku rasa hidup aku boring la. Semua benda smooth je. Takde pun banyak cerita menarik macam orang lain”

Aku pun join ketawa sekali bila dengar member cakap macam ni.

Lepastu bila balik rumah aku terfikir. Kadang-kadang Allah datangkan ujian berat pada kita, then kita pun melepasi dugaan tu dengan baik. Sebenarnya Allah memberi peluang pada kita untuk jadi inspirasi kepada orang lain. Susah payah kita tu akhirnya menjadi semangat kepada orang lain untuk terus berjuang. Mesti kita tak perasan kan?

Ajaibnya berada dalam tarbiyah ni. Semua benda akhirnya kita akan kaitkan semula dengan amal kebaikan yang kita buat. Terus menginspirasikan orang di sekeliling. Menjadi rujukan budak budak lain. The feeling is very nice! Seriously.

Bagi aku, kalau laa kita takde cerita yang menarik. Let’s create one. Mesti ada sudut yang kita tak perasan pun yang sebenarnya menarik je. Mungkin ada perkara yang mudah bagi kita, mujahadah bagi orang lain.

Apa-apa pun, terus menginspirasikan orang lain. Berbuat baiklah kepada orang lain dengan berbuat baik kepada diri sendiri. Yosh! 😎😎