Skip to main content

Common Sense

5 November 2016 | SELASA

Kurangnya common sense dalam generasi masa kini.

Bila orang tengah bercakap dia sibuk main phone,

Bila datang rumah orang, macam anak raja. Tak reti nak tolong-tolong dekat dapur,

Bila pinjam duit, tak reti nak bayar balik. Alih-alih yang pemberi hutang pulak malu nak mintak banyak kali,

“Mungkin bagi kita tu common sense, tapi bagi dia tu biasa je” *sigh*

Well, benda ni berlaku for almost every time. Yelah, kita jumpa macam-macam jenis orang.

Tapi aku percaya benda ni semua bermula dari didikan di rumah. Yelah, common sense yang diterapkan dari rumah, dari kecik lagi.

Contohnya, lepas makan basuh pinggan. Jangan main tinggal je. Kalau tumpahkan air, pergi ambil mop bersihkan. Sebab takde siapa yang nak tolong bersihkan. Clean your own mess.

Jadi, bila berjumpa dengan orang-orang yang kurang common sense ni, sedikit sebanyak menggugat kesabaran jugak lah. I don’t really mad. Maybe they are not trained to be like that. Tapi tu la. Sepatutnya seiring usia yang makin menua ni, benda macam ni boleh je nak belajar dari persekitaran. Mungkin bila sebut common sense dia macam tak sampai ke pemikiran. Tapi aku rasa dia tak jauh pun dari adab tu sendiri. Yes, it is all about manner. Adab-adab yang menunjukkan akhlak yang baik.

Bila ke rumah orang, daripada kau mengular depan tv ke lepak dalam bilik ke. Kan lebih beradab kalau kau pergi tanya tuan rumah, ada apa-apa nak tolong ke tak.

Memang la sebagai tetamu kau akan disuruh untuk tidak berbuat apa-apa, tapi takkan laa tak faham kot. Okay la, kurang common sense kan. Meh sini aku bagitahu, sebenarnya tuan rumah tu seronok je kalau kau nak tolong. Lagi ramai, lagi cepat semua siap. The more the merrier, tak gitu?

Oleh itu, di sini ingin sekali aku menyeru semua orang. Berubahlah. Percayalah, kalau anda faham apa yang cuba sampaikan ni I can sure that you can be a better person in future. Manatau jadi menantu pilihan. Yelah, kalau pergi rumah orang takat tengok tv je. Memang tak laa tuan rumah nak amek jadi menantu, ye dak? Hahaha. Kalau pinjam duit tu tak reti nak pulang balik, kau ingat orang suka? Lepastu berlagak pulak macam orang kaya kan. Haha. Fikir sendiri la ek.

So yeah, cukup bebelan harini. Sesiapa yang terkesan bawa-bawa kepada muhasabah ya. Kalau rasa nak marah, boleh istighfar banyak-banyak. Sebab cikgu aku kata, orang yang makan cili je terasa pedasnya huhu *peace no war*