Skip to main content

Hello, Lifebuuk!

17 September 2016 | SABTU

Ola Saturday!

Aku baru je setel godek-godek apps Lifebuuk, and I guess I was totally fun using it! Lifebuuk ni amende sebenarnya?

Lifebuuk ni satu aplikasi di bawah Fujifilm untuk mencetak gambar dalam bentuk 4R dalam bentuk yang lebih comel, tersusun dan murah!


Sejak 2 tahun lepas, aku terfikir bila gambar-gambar lama aku banyak hilang. Kenangan masa kecik-kecik hilang macam tu je. Faktor pindah randah rumah, simpan kat stor entah mana-mana letak dan macam-macam laa. Jadinya, aku terfikir, zaman sekarang semua gambar orang simpan dalam laptop, dalam pendrive, dalam hardisk. Apa jadi kalau semua ni broken down? Kene virus. Alahaiii sayangnyaa gambar tu semua huhu

So sejak tu aku mula print gambar in 3R, 4R. Mostly 4R. Dan simpan elok-elok. Aku nak bila adik-adik aku besar, dia dapat tengok balik muka selekeh dia masa kekecik. Ni jugak salah satu sebab kenapa aku pernah guna Instax camera, polaroid. Sebab kan kamera tu terus print gambar. Bagi aku gambar tu satu benda yang ada nilai nostalgia yang tersendiri. Serious, kalau kita tengok gambar dekat laptop dengan dekat album, mana lagi best? I know that we all have the same answer, right? Haha #SisterlampauYakin

Tapi benda ni perlukan duit. Nak cetak gambar agak mahal. Tak dapat dah sekeping 30-40 sen. Paling murah pun sekarang 70 sen-100 sen. Singgit aa haha. Cuba kalau print 100, dah RM100. Costly haih. Memula haritu aku jumpa dekat Instagram, 50 keping RM50 sekali dengan album. Sebabkan album dia cantik, memang banyak kali gak aku repeat order. Nice laa.


Semuanya indah sehinggalah, aku jumpa apps Lifebuuk kat Facebook, hahahah! Ayat over! 50 keping gambar beserta album hanya RM28! Free delivery! Gilaaa weh. Jauh beza dia. Plus, boleh pilih cover design, boleh edit gambar dulu, boleh letak album title, boleh letak caption lagi. And the best part is, setiap bulan akan ada 3 cover design yang exclusive. Well, aku memang suka benda-benda exclusive ni. Limited edition is always the best lol. Bagi aku, ini sudah bagus.


Jadinya aku pun nak try la ni. Inshaa Allah editing part dah setel. Jakgi nak order haha.

Nanti aku review hasil dia. Okay adios!

P/S; Apps Lifebuuk boleh didapati di Apps Store dan Google Store. Just simply download and it is free!