Skip to main content

Travelog : Pulau Perhentian

2 Ogos 2016 | SELASA

Alhamdulillah, Pulau Perhentian √


Pulau kedua yang berjaya dijejaki selepas Pulau Pangkor J

Overall Pulau Perhentian memang cantik, kalau bajet ciput, nak rasa lari jap dari masalah, Pulau Perhentian is one of the best stop J Pulau tak ramai sangat orang. Local people, orang Ganu memey peramoh toksah risau lah part tu kan. Makan pun senang dan sedap! Ohmaii I love food in Terengganu! Sedap gilaa

First time ke Pulau Perhentian, kami menaiki flight dari KUL-TGG. Tapi hakikatnya, route kami salah haha. Sepatutnya lebih dekat untuk turun di airport Kota Bharu kalau nak ke Pulau Perhentian.

Kalau turun di airport Kuala Terengganu, perlu memandu melalui Jalan Pantai atau Jerteh ke Kuala Besut yang mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit atau lebih. Jalan kampung so tak boleh nak laju sangat. Lebih dekat melalui Jalan Pantai.

Kalau turun di airport Kota Bharu, perjalanan ke Kuala Besut lebih dekat. Jimat masa.

Plan ke Pulau Perhentian ni sebenarnya dari setahun yang lepas, lepas kami dapat beli free seat ke Kuala Terengganu dengan hanya RM19.80 seorang untuk tiket penerbangan pergi balik! Seronok!

Bila dah nak dekat fly baru nak fikir nak cari place to stay, pakej island hoping etc. Dan tempoh setahun tu cukup sangat nak mengumpul duit, sebab dah ada target en. Yang penting boleh pergi travel hoho

Plan awal nak naik teksi dari airport Kuala Terengganu ke Kuala Besut, tapi memandangkan mahal gila. Kami memikirkan alternative yang lebih murah, iaitu sewa kereta!

Teksi rate, Kuala Terengganu ke Kuala Besut lebih kurang RM120 sehala

Sewa Kereta rate (Viva Auto) untuk 28 Jam, RM115. Aku bet ni habis jimat dah. Sebab Viva Auto ni pun tak kuat minyak. Overall minyak RM35 je. Nais habis J

Since flight kami agak pendek sebab sampai petang dan kene balik pagi. Jadi kami decide untuk stay di Kuala Besut, so pepagi esok nya kami amek day trip package ke Pulau Perhentian.

Pukul 8.10 pagi kami menaiki boat ke Marine Park, Taman Laut Pulau Perhentian memang cantik, Subhanallah tak tipu cantik J


Seterusnya pergi snorkelling! Kami pergi 3 checkpoint, coral point, shark point dan turtle point J

Last stop di Long Beach Pulau Perhentian Kecil J Memang cantik. Makan pun sedap. Tapi agak costly. But seriously bila kau dah penat mandi sakan tu, dengan panasnya, semua rasa sedap. Hahaha

Total cost untuk basic, RM183.30 sahaja!

Return Flight (Air Asia) – RM19.80
Iz Budget Motel, Kuala Besut – RM104/4 orang
Kereta Sewa + Minyak – RM150/4 orang
Day Trip Pulau Perhentian (Return boat transfer, Island Hoping, Snorkelling Equipment) – RM100

*Total cost ialah harga per individu selepas dibahagi empat*


Day trip route, Jeti Kuala Besut à Taman laut Pulau Perhentian à Coral Point à Shark point à Turtle point à Long Beach à Jeti Kuala Besut

So yeah, semoga bermanfaat!