Skip to main content

Kem Perkampungan Ilmu


21 Ogos 2016 | AHAD

Being one of SMKYL Alumni is a gift. Knowing friends from that school also make me feel great!

Alhamdulillah, terpisah kerana masing-masing sibuk mengejar ilmu, akhirnya kami berjumpa semula untuk Kem Perkampungan Ilmu ni sebagai fasilitator.

Aku puji semangat dan kesungguhan member satu batch yang sentiasa berfikir untuk menyumbang semula kepada sekolah. Aku kira ni merupakan program besar ketiga, dalam masa 3 tahun.

Nak throwback sikit, ini sekolah kedua aku masa sekolah menengah. Betapa aku rebel gila masa dapat tahu aku kene transfer ke sekolah ni. Kalau sekali tengok memang tak boleh hadam. Yelah, bila terpaksa bersekolah dengan budak-budak yang dari latar belakang yang berbeza benar dengan kau. Lain macam je perangai,

Sekolahku yang simetri, aumm

Tapi percayalah, aku tak perlukan masa yang lama pun untuk aku sayang gila kat sekolah ni. Tak pelik la ramai gila cikgu yang stay mengajar sini walaupun hakikatnya budak-budak dia nakal Ya Rabbi. Kenapa? Sebab ada something yang unik aku dapat dari sekolah ni. Cikgu-cikgu nya sentiasa bersungguh nak bantu murid-murid. Memberi kata-kata semangat dan harapan baru setiap hari.

Sebenarnya semua orang boleh berjaya. Tak kesah la dari keluarga yang bermasalah ke apa ke. Semua orang ada peluang. Aku nampak semua ni depan mata je.

Kalau la aku ditakdirkan untuk terus bersekolah dalam sekolah elite, dikelilingi bebudak pandai dan kaya je. Mesti mata aku tak terbukak dengan reality dunia. Hidup ni tak seindah drama. Serious. Berapa ramai budak yang dibesarkan dalam keadaan miskin, adik-beradik ramai, mak abah cerai berai, family berantakan dan macam-macam la.

Benda ni semua membuka mata aku untuk lebih bersyukur. Dan memahami orang lain. Syukurlah, aku diberi peluang untuk merasai semua ini.

One of the Math Explorace Checkpoint, see i found Baymax!

Jadi, bila aku cek jadual, dan jadual aku kosong. Aku volunteer nak jadi fasi. Since dah lama tak jumpa, ni kira platform yang baik jugak untuk reunion kan. Huhu.

Tak sangka semua pun dah besar panjang, ambitious, lebih matang. Aku rasa macam orang-orang dewasa je bila berborak dengan semua orang. Cerita si polan ni bertunang, si polan ni dah nak grad laa, final year project dan macam-macam benda laa.

Terlalu banyak benda yang kalau diingat semula rasa nak senyum je sampai telinga.

Bila berpeluang jumpa bebudak yang nak berperang PT3 dengan SPM, aku gunakan peluang ni untuk salurkan semangat, kata-kata harapan untuk mereka bangkit. Kadang-kadang diorang ni bukannya tak boleh, tapi atas kekangan hidup dan demotivated yang buat semua nya tak jalan. Mereka rasa dah tak berguna nak belajar lagi.

Dan bila aku tanya,

“Apa cita-cita kamu?”

“Saya nak jadi Chef”

“Saya nak jadi bomba”

“Saya nak jadi photographer”

“Saya nak jadi doktor”

“Saya nak jadi polis”

“Saya nak jadi cikgu”


“Bila akak dengar cita-cita korang akak rasa bagus sangat. Semua cita-cita yang murni. Jadi bomba bagus. Jadi chef best, adik akak pun amek seni kulinari. Jadi photographer pun berjaya. Tengok Saiful Nang, dah jadi jutawan pun. Jadi bomba sangat lah mulia, boleh tolong orang. Nak jadi doktor belajar betul-betul. Jadi polis, jangan makan rasuah. Nak jadi cikgu pun bagus sangat.”

“Jangan pernah fikir yang kita ni tak berguna. Semua orang ada peluang. Berjaya tu bukan bermakna dapat straight A’s je tapi berjaya menjadi orang yang berguna. Akak doakan korang berjaya dalam apa jua yang korang ceburi, in shaa Allah”


Kadang-kadang bila kita dah rasa tinggi sangat, kita kene turun jugak menyembah bumi. Sebab tu aku suka buat sukarelawan. Dia macam mengisi kekosongan hati yang resah gelisah. Bila dapat kongsi pengalaman dan bagi semangat tu rasa best sangat.

Macam panjang gila pulak menaip. Till then, I love my school and I’ll always love it.

Best of luck to all brothers and sisters. Ganbatte in PT3 and SPM! Yosh! 

Cenderahati untuk para Fasi, macehh cikguu