Skip to main content

Mencari Jawapan

26 Julai 2016 | AHAD

#21/30 Ramadhan

Alhamdulillah telah memasuki malam ke 10 terakhir Ramadhan. Semoga usaha dalam memburu Al-Qard semakin gencar, yosh!

Overthinking sejak kebelakangan ni membuatkan aku sangat banyak berdoa mohon petunjuk. Doa yang tak putus-putus untuk mendapatkan ketenangan dan petunjuk. Alhamdulillah masa buka dashboard Blogger semalam, aku ternampak satu entry dari Fatimah Syarha yang seolah-olah menjawab doa aku.


Alhamdulillah.

Aku percaya Allah telah gerakkan hati insan lain untuk menyampaikannya dan seolah-olah mengeluarkan aku dari kesesakan jiwa yang panjang. Serious, lepas aku habis je baca entry tu, aku dapat rasakan kelegaan yang nyata. Alhamdulillah, thanks to Allah. I’m free now, feeling better yet happier J

Percayalah, doa senjata mukmin.

Lagi-lagi di bulan mulia ni. Jangan pernah putus asa. Minta lah apa sekalipun. In shaa Allah, Allah Maha Penyayang lagi Mengasihani tak pernah menghampakan.

Dan ingatlah, Allah sentiasa memberi apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu. J

Percayakan setiap guruh dan petir kilat ada pelangi yang indah J