Skip to main content

Kemanisan dalam Kepenatan


Alhamdulillah. I’m back J

Yeah after a series of mentally breakdown, now I’m back.

Bila fikir-fikir balik, tahun ni merupakan tahun yang paling banyak aku menangis. Skala dia dari 0 ke banyak tau. Sebab aku rasa habit nangis aku time raya je haha. Tapi sejak dua menjak ni, tak kene masa tak kene tempat, agak-agak aku nak melalak kang banjir je kat situ jugak. Haih laa Jana.

Dan bila ada orang perasan, kau punya ‘happy’ tu fake semata-mata haha kantoii aaa

“Jana kau ni stress ni sebenarnya, aku tahu ni” Adeh.

Ketahuilah, membawa dan mengurus organisasi tu tak mudah. Macam-macam benda nak fikir, nak jaga hati orang ni orang tu, nak fikir ayat sesuai supaya tak menyentuh mana-mana pihak sebelum buat kenyataan, nak dapatkan sokongan semua orang. Sumpah tak senang.

Tapi

Bila sampai satu tahap kau nampak team kau seolah-olah bangkit menuju misi, boleh berlapang dada, boleh buat kerja lebih masa, berani dan sanggup berjuang demi kejayaan bersama. Masa ni lah segala masalah lama lenyap serta-merta. Rasa macam, Ya Allah indahnya dunia. Tak terasa dah penat yang selama ini.

Bila tengok kalendar, ada lagi satu sem je bersisa. Pergh, masa amat mencemburui kita. Aku tak pasti berapa banyak kejayaan atau kegagalan lagi yang bakal kita tempuh. Tapi bila memikirkan semua, kalau lah kami bersatu sampai akhir, aku rasa aku takkan ada masalah nak hadapi semua benda.

In shaa Allah! Yosh!