Mengisi Kekurangan, Meraikan Kelebihan

14 Mei 2016 | SABTU

Setiap minggu yang sibuk, takkan pernah kulupa akan ada suatu hari di mana segala kesibukan dunia akan lenyap seketika. Hari dimana kami berkumpul dan berkongsi segala cerita.

Walaupun kami dari latar belakang yang berbeza, ukhuwah yang terbina ternyata menguatkan lagi hubungan antara kami semua. Perbezaan watak dan pendapat juga tak pernah menjadi penghalang kami untuk lebih mengenali satu sama lain, malah mengukuhkan lagi tali persabahatan di jalan-Nya.  

Dalam kalangan kami ada yang pendiam orangnya, ada pula yang tegas, penyayang, peramah dan selamba. Setiap masalah pasti dapat diselesaikan jika kami berkumpul begitu. Betapa indahnya pertemuan yang dimulakan dengan mentadabbur ayat suci Al-Quran, disulami pula dengan tazkirah menyentuh jiwa. Disambung lagi dengan kisah Sirah Rasulullah yang sering membakar semangat pemuda. Bukanlah semua dikurniakan kehebatan bercerita, kerana ada juga yang hanya menjadi pedengar setia, ada yang boleh menangkap segala cerita tanpa mencatat notanya, ada juga yang menjadi guru tanpa berkira.

Kerana kami bukanlah manusia sempurna, kami tetap ada cacat celanya. Cuma kami tak pernah menyalahkan sesiapa kerana kami percaya semua orang ada kekurangan dan kelebihan tersendiri dan kami mengisi kekurangan dan meraikan kelebihan yang semua ada. Semuanya kami lakukan dalam hari yang sama.

Hari apakah itu? Itulah hari kami berbulatan gembira J