Skip to main content

Memohon Maaf dan Memaafkan Orang Lain

8 Mei 2016 | AHAD

Kehidupan seharian kita takkan terlepas dari berurusan dengan manusia. Ya, kita sentiasa berurusan dengan manusia bukannya robot. Jadi perlunya toleransi dan kefahaman yang mendalam antara satu sama lain supaya dapat persefahaman yang baik.

Tapi, langit tak selalunya cerah. Manusia pun takkan lari dari melakukan kesilapan. Ini boleh menyebabkan hubungan menjadi renggang dan retak tanpa kita sedar.

Jadi, memohon maaflah dan belajar memaafkan orang lain.

Memohon maaflah walaupun bukan kita puncanya. Mungkin dengan berbuat demikian akan dengan mudah menjernihkan keadaan. Sebab ego dan manusia berpisah tiada.

Maafkan lah orang lain. Semua manusia tak pernah tak buat salah. Kita pun nanti akan buat salah jugak. Hindari penyakit hati dengan memaafkan orang lain. Jadi, berlapang dada lah.

Percayalah, dengan berbuat demikian, anda akan lebih tenang. Inshaa Allah!

Selamat mencuba!