Skip to main content

Trend, Hipster atau Sunnah

27 April 2016 | RABU

Trend, Hipster atau Sunnah?

Alhamdulillah diberi kepercayaan untuk mengadakan sesi perkongsian ilmu berkenaan topik ‘Trend, Hipster atau Sunnah’

Memula tengok tajuk ni, terus macam “Wow, nice title!” huhu

Secara keseluruhannya topik sembang harini berkisar tentang fesyen atau cara pemakaian Muslimah.

Apa yang anda faham tentang trend, hipster dan Sunnah?

Trend, sesuatu yang mengikut musim atau menjadi ikutan semasa. Contohnya trend tahun ini, semua orang memakai baju kurung moden ke kuliah. Dan tidak semena-mena semua mahasiswi satu Malaysia ke kuliah dengan baju kurung moden.

Hipster, ni macam ikutan jugak la. Lebih kepada up-to-date, rare dan menarik. Nak contoh yang senang, boleh tengok Wak Doyok. Beliau sentiasa tampil dengan penampilan yang lain dari lain tapi masih menunjukkan karisma dan menampilkan beliau sebagai seorang yang ber-style dan mengikut peredaran fesyen semasa.

Sunnah, segala perlakuan, percakapan dan tindak tanduk yang di sandarkan kepada Rasulullah, Nabi Muhammad SAW. Sunnah sangat dituntut. Contohnya memakai jubah, memakai minyak wangi, bercelak dan bermacam-macam lagi.

Jadi, kita lebih cenderung ke mana?

Dalam Islam, berfesyen tidak lah menjadi satu kesalahan. Cuma, setiap orang Islam perlu peka dan tahu tentang garis panduan yang telah ditetapkan dalam Islam dalam aspek pemaikaian.

Seorang muslimah khususnya haruslah berpakaian menutup aurat.

Apa yang dimaksudnya dengan aurat?

Aurah, dalam Bahasa Arab bermaksud ‘keaiban’.

Dari segi istilah pula, aurat bermaksud bahagian tubuh badan yang wajib ditutup dan dilindungi dari pandangan.

Menutup aurat yang lengkap bagi seorang wanita Islam ialah dengan menutup semua bahagian anggota badan kecuali muka dan tapak tangan. Selain daripada itu, wajib ditutup.

Pakaian juga haruslah bersifat tidak jarang, tidak nipis, tidak ketat, tidak menyerupai agama lain, dan tidak tabarruj.

Apa itu tabarruj?

Tabarruj adalah sifat berlebihan-lebihan yang berniat untuk menarik perhatian orang yang memandang.

Sebenarnya nak berfesyen mengikut syariat ni takdelah susah mana.

Cuba kita wujudkan satu checklist sebelum keluar dari rumah,

ü  Tudung menutupi dada
ü  Tudung tak jarang
ü  Baju tak ketat, tak nipis, tak singkat
ü  Seluar tak ketat
ü  Kain tak jarang
ü  Pakai stoking

Apabila semua senarai dah di-tick dengan jayanya, keluar lah ke mana sahaja, inshaa Allah anda akan dilindungi Allah.

Dan ketahuilah pakaian yang terbaik adalah apabila pakaian anda terus boleh dibawa untuk solat tanpa memakai telekung.

Jika masih terdetik dalam hati, “Eh, rasa macam tak proper je baju ni nak bawak solat,” maksudnya tak sampai lagi lah tahap pemakaian baju yang sempurna menutup aurat. 

Masih belum terlambat untuk yang ingin melakukan perubahan.

Yosh! #AndaMampuMengubahnya :)

Allahualam.