Skip to main content

Orang Menang


Berperang dengan hati lebih sakit dari makan hati.

Pernah rasa?

Bila kau rasa marah yang teramat, tetiba suara-suara halus dari hati memujuk.

“Aku bengang betul la. Dia ni suka buat keputusan macam tu. Lepastu paksa kita ikut pulak tu. Sukahati je. Tahu lah ketua.”

“Sebab dia ketua lah, kita kene taat.” Kata Sang Hati

“Kalau dia boleh buat, aku pun boleh buat. Ingat aku tak berani ke”

“Tak baik berdendam. Bukankah kalau orang bagi kita kejahatan, kita patut balas dengan kebaikan” kata Sang Hati

“Geram nya tengok dia ni. Rasa nak tumbuk je”

“Sabar. Sabar kan separuh daripada Iman” kata Sang Hati

I be like, diam lah diam lah. Cakap dalam hati. 

Tapi akhirnya kau kalah dengan diri sendiri.

Sebenarnya kau tak kalah pun. Cuma hati kau masih punya iman. Masih sedar akan kebaikan dan kejahatan.

Berterima kasih lah kepada makcik Hidayah yang tak jemu-jemu mengetuk pintu hati untuk membimbing ke jalan benar.

Dan jangan sombong pulak. Bukak pintu tu. Takut nanti makcik Hidayah dah meluat dah tak nak jenguk. Buruk padahnya.

Berterima kasih yang tak terhingga kepada Allah, Tuhan sekalian Alam. Betapa kasihnya Allah yang sentiasa tak lupa dengan hambanya.

Sebenarnya aku bukanlah insan yang ‘kalah’, tapi aku adalah insan yang menang! Doa aku, semoga kemenangan ini berkekalan. Amiin.