SEM 4 Begins

23 Februari 2016 | SELASA

Ohayou!

Alhamdulillah. Hari kedua kuliah, SEM 2, Tahun 2. Makin tua, yeah.

#BuangBalik (Baca: Throwback) sem lepas, macam-macam benda aku lalui. Terlalu banyak kenangan pahit manis masin kelat yang tak terkongsi. Dan yang lebih pasti, sem baru, cabaran baru, semangat baru.

Mungkin perlu strategi baru since sem lepas boleh kata sem ‘bersedih’ sebab pencaipaian akademik yang tak memberansangkan. Jadi sem ni boleh jadi sem ‘balas dendam’. Perlunya kesedaran tinggi unutk memperbaiki pointer sem lepas untuk jadikannya lebih baik demi masa depan yang cemerlang. Hahaha.

Sebab, sekali gagal bukan gagal selamanya.

And yay, welcome home to UNIMAS!

Kepada semua pelajar Universiti Awam Malaysia yang baru je start sem baru,

Ganbatte!

Fighting!

Chaiyok!

Kerana, anda mampu mengubahnya J