Skip to main content

Passion in Travelling



Hi. Im Marjana. Im Malaysian.

Sebenarnya aku yang masih di Malaysia ni sedar je ekonomi Malaysia seakan parah dan sepatutnya budak-budak macam aku ni menabung, menyimpan duit untuk masa depan. Tapi aku pulak sibuk travelling sana sini, berangan tak sudah nak fly sana sini.

Jadi, untuk merealisasikan impian aku yang memerlukan kos tinggi ni aku takdelah duduk diam tido je. So, aku buatlah keje sambilan. Hehe. 

Aku sentiasa berfikir dengan melihat dunia aku akan menjadi lebih bersyukur. Pengalaman demi pengalaman aku timba. Alhamdulillah, bila tengok dunia luar, nampak kita ni kecik sangat. Dan bersyukur sangat. Sebenarnya tu terapi jugak. Tenang je tengok ciptaan Tuhan.


 Mula membaca buku-buku travelog buat aku lebih bersemangat untuk lihat dunia. Ya, dunia. In shaa Allah suatu hari nanti. Masalah besarnya sebenarnya, aku seorang gadis. Jadi susah nak dapat persetujuan mak abah, restu mereka untuk keluar, terutamanya backpacking. So far, aku travel guna agen je. Mudah dan murah. Aku pasti kalau backpacking lagi murah, tapi tulah restu takde. Hoho.


Impian aku, aku nak tawan Asia Tenggara dulu. Aku dah pergi Indonesia, Thailand, Singapura, Vietnam. Mungkin lepasni boleh pergi tempat-tempat menarik lain. Yang dalam kepala aku sekarang ada Koh Samui, Boracay, Manilla, dan Kemboja.


And my ultimate dream is Japan. Cadangnya nak pergi tahun 2017. Tapi tengok la macam mana. Kita hanya mampu merancang, Tuhan punya rancangan yang lebih baik.

Bila dah banyak pengalaman nanti boleh la aku start tulis buku pulak en, lepastu jual! Hohohoho. Nak hidup en, kene la bijak ciked.

Saje je #Nakbebel. Lama dah tak bebel. Hahaha

Terima kasih baca sampai habis. Jaaaaaa.