Travelog : Tips Melancong di Vietnam

28 Januari 2016 | KHAMIS

Selepas melawat Ho Chi Minh City sebanyak dua kali. Ada beberapa tips menarik yang boleh saya kongsikan disini.

Take Note:

Tawar 50% dari harga sebenar. Terutamanya di Pasar Malam dan Ben Thant Market. Contohnya beg deuter yang dijual RM40, sebenarnya boleh dapat RM20 sahaja. Percayalah. Kalau nak beli tudung Nealofa, dah dapat harga RM14 tu, beli jelah. Paling murah dah tu. Hehe.

Bawa duit Ringgit Malaysia lebih banyak dari duit Vietnam Dong. Sebab kebanyakan kedai di sekitar Ben Thant Market, Pasar Malam dan Lorong Malaysia menerima duit Ringgit. Selalunya harga dalam Ringgit lebih murah. Kita pun tak rasa tertipu sebab kita faham matawang sendiri kan.

Membeli kain pasang lebih murah di Chinatown. Chinatown terletak jauh dari Ben Thant Market. Boleh ke sana dengan menaiki teksi atau bas ekpress.

Membeli keychain dan souvenirs tempatan lebih murah di Jeti Sungai Mekong. Jauh bezanya dengan harga di Pasar Malam dan Ben Thant Market.

Membeli t-shirt ‘I Love Vietnam’ dan seumpama dengannya boleh didapati dengan hanya RM7 sehelai untuk lengan pendek dan RM10 sehelai untuk lengan panjang. Lebih daripada tu? Consider mahal! Haha. Boleh didapati pada waktu malam di Lorong Malaysia.

Membeli simkad dengan unlimited internet hanya sekitar 100,000 Dong. Lebih kurang RM20. Sila cari dengan tekun sebab mostly kedai akan jual RM40. Oh, internet sangat lajuuu. Sekian.

Jika anda membeli beg dueter atau kiplings atau seumpama dengannya, sila pastikan setiap komposisi beg telah di cek. Pastikan beg anda nyah daripada sebarang kotoran, koyak, patah dan sebagainya. Sebab waktu beli mungkin tak perasan.

Untuk makanan yang sedap dan murah, anda boleh try makan makanan halal di Halal Amin. Sedap, murah, thorbaeek. Makanan pedas dan menepati citarasa Malaysian.

Membeli-belah di kedai-kedai sepanjang Lorong Malaysia lebih mudah sebab kebanyakan pekerja boleh berbahasa Melayu. Bodek-bodek sikit in shaa Allah dapat murah hehe. Selalunya kalau beli 1 je, susah sikit la. Kalau anda beli borong, mesti dia kasi diskaun punya.
Teknik membeli di Pasar Malam, jika anda ingin kan beg contohnya, pekedai buka harga RM50. Anda perlu tawar 50% jadi RM25, atau lebih murah. Kalau dia taknak bagi, keluar je dari kedai tu. Lepastu pandang belakang sikit. Nanti dia panggil balik, tanya kita nak berapa. Hahaha. Lepastu dapat la harga yang kita nak. Part lawak tu, nanti lepas dah bayar harga kita, dia akan halau keluar cepat-cepat supaya orang taktahu kita beli harga murah.

Di Ben Thant Market, amal kan usha-usha je dulu. Tanya harga dan JANGAN tawar kalau taknak beli. Once anda tawar, anda akan dipaksa beli. Hahaha. Pekerja di Ben Thant agak agresif, sebab kalau dah tawar lepastu tak jadi beli, dia akan pegang tangan kita dan tanya kita nak harga berapa. Kalau taknak jugak, dan kita berjaya melepaskan diri, kita akan dengar dia memaki hamun kita dalam Bahasa Vietnam hahahaha.

Jika anda ingin menggunakan teksi di Vietnam, teksi yang paling dipercayai ialah Vinasun Taxi. Teksi ini menggunakan meter. Elakkan menggunakan teksi lain, takut-takut ditipu nanti.

Aktifkan kad bank anda untuk keluaran duit di luar Negara. Boleh diaktifkan di ATM atau secara online. Penting untuk last minit nak shopping lagi, atau bila tiba-tiba baru perasan dah broke. Hahaha.

In shaa Allah, rasanya ini je yang terfikir dek akal buat masa sekarang. Semoga bermanfaat!
Selamat melancong ke Vietnam!