Skip to main content

Travelog : Short Trip to Terengganu

17 Januari 2016 | AHAD

Alhamdulillah masih diberi nyawa oleh Allah, Tuhan sekalian alam.

And I just come back from Terengganu! Wuhuu.

Last time pergi Terengganu masa form 2, rombongan sekolah. Lama gila kot. 7 tahun lepas. Pheww.

Dan pastinya dari kali terakhir aku ke Terengganu tu, terlalu banyak benda dah berubah. Terlalu.

Sebenarnya aku dan keluarga ke Dungun, nak tengok adik yang belajar kat Uitm Dungun, so alang-alang dah sampai tu berjalan la sekali. Walaupun tak sakan sangat, tapi jenjalan jugak la.

Dari rumah dalam pukul 12.30 tengahari dan kami tiba di Dungun dalam pukul 6.00 petang la. Memang keje aku bangun tido jelah dalam kereta hahaha.

Malam tu, kami ke Medan Ikan Bakar, dekat sini banyak kedai makan yang menyediakan makanan laut, seafood kata omputeh. Disebabkan angah kata Putera Duyung femes, jadi kami pun makan kat kedai makan Putera Duyung. Pilihan lauk malam tu kurang, mungkin sebab kami sampai lambat. Tapi harga okay, sedap. So overall not bad la. Selain Putera Duyung, ada lagi a few kedai makan yang boleh korang try. Sederet situ je pun huhu

Hari pertama habis disitu sahaja. Esoknya, kami sarapan di tepi pantai. Disebabkan duduk Dungun, nak feeling Ganu, jadi aku sarapan Laksam hoho.

Seterusnya kami ke Kuala Terengganu, nak pergi Pasar Payang.

Dari kali terakhir ke sini, Pasar Payang tak banyak berubah. Tetap macam tu. Rasa nostalgia sangat. Bangunan sekeliling Pasar Payang tu memang berubah dan membangun dengan maju. Tapi Pasar Payang tetap stay still, cool macam dulu. Aku suka la suasana tu. Flashback sangat. Hahaha

Kepada yang mencari batik Terengganu, sutera dan segala jenis kain, Pasar Payang tidak akan mengecewakan anda, In shaa Allah.

Disebabkan tujuan utama aku bukan lah untuk memborong kain, jadi aku lalu jelah cuci mata.

Tujuan aku nak memborong makanan hahaha. Jadi aku beli jeruks (plural jeruk) hahaha. Boleh tengok banyak makanan tradisional yang dijual kat sini yang susoh nak cari kat tempat lain. Ada baby nenas lagi k. Beli online mahal, sini murah je.

Habis di Pasar Payang, kami singgah solat kat Masjid Terapung. Tak ingat la nama betul dia apa. Gomen. Yang penting masjid ni memang cantik ahh.



Seterusnya kami nak pi lunch, so mencari kedai makan. Jumpa lah satu ni haa. Sedap gak not bad. Huhu

Tengok pemandangan laut, Subhanallah, rasa nak tinggal situ je. Sumpah tenang.


‘Hanya dengan mengingati Allah, hati kan tenang’


Lepas hantar angah balik ke Uitm, kami pun pulang. Abah kata mungkin tak sempat nak sampai Kemaman sebab dah petang. K sedih amat. Sebab nak makan satar sebenarnya. Dan memang kami tiba di Kemaman dah malam. Banyak kedai dah tutup. Yang bukak pun satar dan habis. Sadlife gilaaa. Sekali aku tanya jelah dekat akak jual kapok tu,

“Sini ada ke yang jual satar waktu malam?”

“Ada, kat kedai Aziz Satar, depan tu”

Oh yes! Yeyeyeyeye!

Kami kami pun ke sana. Dan aku pun berhuhuhuhuhu sambil makan satar. Banyak gila kitorang makan. Satu kayu tu ada 10, lebih kot abang tu bagi, RM5 je. Hohoho. Alhamdulillah, puas makan. Mekaseh aboh.


Dan kami pun pulang ke rumah.

“Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu: mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya). – Al-Mulk:15