Skip to main content

Review : Tarbiyah Sentap

28 Januari 2016 | KHAMIS

Alhamdulillah. Haritu masa dekat UNIMAS, aku dapat forwarded mesej dari member-member, team Tarbiyah Sentap buat jualan buku kombo. Murah berganda la. Hehe. Disebabkan aku tak pernah lagi try test baca, jadi aku pun membelinya.

Jadi, Alhamdulillah dah berjaya khatamkan buku Tarbiyah Sentap. One word, sentap! Aku rasa sentapan dia kalis api kalis segalanya. Cantik je kene kalbu tepat. Hohoho.

Kata orang, siapa makan cili dia terasa pedasnya. Jadi membaca buku Tarbiyah Sentap, rasanya macam pernah makan se-tan cili. Thorbaeek.

Aku percaya ramai yang macam aku, ada benda yang aku tak tahu pun yang aku buat selama ni salah. Well, generasi dah berubah. Aku perasan generasi sekarang ni kene cakap jelas, terang benderang baru faham. Setakat cakap kias, memang tak masuk la. Bukan tak nak terima, tak faham. Macam mana nak berubah.

Dan diceritakan pentingnya tarbiyah. Yes, tarbiyah. Tarbiyah tu perubahan sebenarnya. Penting untuk kita sedar kita perlu berubah, menjadi yang lebih baik.

Jika anda rasa nak berubah jadi baik tapi taktahu macam mana nak start, anda harus baca buku ini. Serious membantu I tell you.

Tahniah team Tarbiyah Sentap! Penggunaan Bahasa sempoi dan mudah faham, sangat memahami jiwa muda.



Semoga bermanfaat J