Skip to main content

Kelebihan dan Kekurangan


18 Januari 2016 | ISNIN

Bila berada dalam kelompok semua orang hebat ni, sedikit sebanyak kau akan down jugak kenkadang sebab kau rasa kau takde apa. Tapi, aku percaya setiap orang ada kelebihan masing-masing.

Contohnya;

Ada orang lantang bersuara, tapi tak pandai menulis

Ada orang pandai menulis, tapi tak boleh bercakap depan khalayak ramai

Ada orang dia boleh bercakap tahap menggoncang jiwa dan boleh menulis sampai sentuh hati

Semua orang lain-lain. Serious tak sama.

Aku percaya, kalau semuaaaa orang lantang bersuara. Habis la perang mulut.

Aku percaya, kalau semuaaaa orang sibuk menulis, yang tak baca buku habis lah terbiar.

See?

Dan sesungguhnya tugas menyampaikan tu tugas semua orang. Bukan hanya terhad pada menulis dan lantang berhujah. Tapi boleh jugak gunakan medium lain.

Mungkin melalui poster tarbawi, komik, doodles, lagu, puisi dan macam-macam lagi.

Yang penting, kreatif. Ya, orang kreatif ni boleh buat macam-macam-macam benda.

Jadi, tak perlu la down tengok orang lain hebat. Percayalah, kita pun hebat. We are just awesome in our own way.

Find your strength, benefit others.