Cuti Beragenda


12 Januari 2016 | SELASA 

Alhamdulilah! Semester 3 is finally ended. Yukatta ne :)

Jadi bermulalah episod cuti semester selama sebulan. 

Well, cuti ni in shaa Allah aku dah plan nak buat macam macam. Dah list out dalam 25 jugak la hahaha. Tak tahu la terbuat ke tak tu.

Plan tu termasuklah pergi melancong, cooking session with mom, join aktiviti sukarelawan (kalau ada), pergi program tarbiyah, baca buku-buku tarbawi, balik kampung, jumpa kawan-kawan sekolah dan banyaaaaaak lagi. 

Untuk meninggalkan memori yang lebih baik pada cuti yang ada, cuti tu buat benda-benda yang menyeronokkan. Atau lebih tepat bermanfaat. Takkan la cuti sebulan tergolek je kot. Makan tengok tv tido. Tak de life nya haihhh.

Orang Melayu kata, Masa Itu Emas,

Orang bisnes kata, Time is Money,

Orang Arab kata, Masa itu ibarat pedang, jika kita tidak memotongnya, dia akan memotong kita.

Faham kan?

Jadi, gunalah masa anda sebaiknya!