Travelog : Perbelanjaan di Langkawi 3H2M

18 Ogos 2015 | Selasa

Memang dah lama nak tulis part ni cuma takde kesempatan. Maafkan lah ya.
Entry ni bertujuan baik, dengan tujuan nak bagi roughly idea kepada geng-geng yang nak pergi Langkawi pada masa akan datang. At least dapat la nak bajet berapa nak bawak, apa yang kene bayar dan sebagainya.

Di sini aku sertakan beberapa tempat yang dikenakan bayaran masuk serta belanjawan di sana J

Kereta Sewa (Viva Auto) + Baron Motel = RM350 untuk 2 orang selama 3h2m

Pakej di Oriental Village bergantung pada kehendak:

Seperti yang tertera di dalam gambar,


Water Orb



Aku nasihatkan untuk beli di kaunter daripada beli online, sebab korang akan dapat diskaun untuk warga Malaysia jauh lebih rendah berbanding harga di website.

Jika berminat untuk fish feeding, di Oriental Village hanya RM0.50 untuk sebungkus makanan ikan.

Hand Wax di Oriental Village, RM10 yang paling murah hehehehe

Harga lain mengikut jenis dan kualiti waxes.



Di Telaga Tujuh, anda akan dikenakan bayaran parking untuk RM2 sebuah kereta. Tiada had masa.

Ayer Hangat Village and Spa, RM5 untuk bayaran masuk.

Di Ayer Hangat Village and Spa, anda boleh mendapatkan khidmat urutan kaki atau bahu.

Urutan kaki – RM15 (15 minutes)
Urutan bahu, leher dan kepala – RM25 (15 minutes)

Untuk yang teringin bebenor nak join activity Island Hoping, jangan risau tak mahal mana pun. RM35 untuk jetty transfer dari hotel, boat, lawatan ke 3 tempat termasuklah Pulau Beras Basah, Pulau Lang dan Tasik Dayang Bunting.

Di Tasik Dayang Bunting, anda boleh melakukan beberapa aktiviti lain.

Berkayak – RM30 untuk 2 orang selama setengah jam
Solar boat – RM30 untuk 2 orang selama setengah jam
Berenang/Bermandi-manda – RM5 untuk sewa life jacket
Rendam kaki – Percuma

Jika anda berminat untuk membeli cenderahati berbentuk piring yang ada gambar tu, boleh la beli di jeti sebelum balik ke hotel. RM10 untuk satu piring bergambar.

Makam Mahsuri, RM10 untuk bayaran masuk.

Underwater World – RM30 untuk bayaran masuk. Menonton semua pertunjukkan di dalam Underwater World adalah percuma.

Di sini terdapat juga tarikan terbaru, simulasi Tsunami dalam bentuk 5D ke 6D tak ingat hahaha. Bayaran masuk RM18 seorang. Pelawat akan dibekalkan dengan baju hujan sebab pastinya keluar dengan basah kuyup hahaha.

Di dalam ini juga terdapat Marrybrown kepada yang lapar boleh terus makan disini. Harga pun not bad. Fast food kan.

Untuk yang berminat nak bergambar dengan ular sawa comel, anda boleh berbuat demikian dengan bayaran RM10 untuk kamera sendiri, atau RM20 untuk kamera mereka (dapat terus gambar dicetak).

Tips:

Untuk membeli souvenirs seperti keychains, batik, tshirt dan lain-lain. Tempat terbaik untuk anda kunjungi ialah Beras Terbakar. Keychain serendah RM1 seunit. Dan banyak pilihan.

Singgah makan tengahari di Jom Ikan Bakar yang terletak di Padang Matsirat dan tak jauh lansung dari airport. Makanan sangat murah dan pelbagai jenis lauk disediakan. Minuman yang disediakan seperti air oren, sirap, anggur diberi secara percuma dan boleh refill hahaha. Boleh WAZE kalau tak tahu jalan.

Di Pekan Kuah, tempat makan paling senang cari dan murah, boleh try di Bazaar HIG yang terletak di hadapan Kompleks HIG.

Buat perbandingan antara kedai-kedai coklat di Pekan Kuah sebelum membeli.
Beli coklat di Kompleks HIG lebih selamat kerana tiada coklat non-halal dijual.

Di Langkawi Saga, coklat yang non-halal dilabel dengan tag lain dan disusun di satu cabinet. Perhatikan tag, jangan belasah je. Hahaha.

Bagasi paling murah boleh didapati di Langkawi Saga.

Jika berkesempatan, singgahlah di Pasar Malam yang diadakan setiap hari di Langkawi. Tetapi lokasi berbeza setiap hari. Boleh rujuk Peta Langkawi untuk info pasar malam.

Anda akan berasa sangat lapar sewaktu Island Hoping, jadi dinasihatkan untuk membawa snek sendiri. Sebab kalau nak beli pun harga mahal sikit la. Makanan tengahari adalah tidak disediakan. Harap Maklum.

Okay, usha atas. Banyak nya tips. Hahahaha.

Done for now. Semoga bermanfaat.