Skip to main content

Travelog : Langkawi

 
5 Ogos 2015 | Rabu

Alhamdulillah kembali ke rumah manis rumah setelah 3 hari berada di Langkawi J

Oleh itu, saya dengan ini akan berkongsikan pengalaman dan tempat-tempat menarik serta info-info terbaik untuk sesiapa sahaja yang ingin ke sana. Gituh haha.

First time bercuti berdua dengan kezen terchenta. Tanpa mak abah. Takde sedara mara terdekat. Semua nya bergantung pada map, google, waze dan sign board J


Mengikut pada peta Pulau Langkawi, aku boleh bet hampir 90% tempat aku singgah. Yang tak singgah tu ada beberapa sebab la contohnya macam dah penah masuk kt tempat lain, kene bayar entrance fees (time tu duit dah pokai), ataupun jauh ke hujung sangat.

Kami menginap di motel, to be exact di Baron Motel yang terletak di Pekan Rabu, Kuah. Tak jauh dari Bandar, dengan jeti Kuah pun dekat gila. So recommended jugak la. Lagipun sewa murah, wifi lajuu, ada air panas, bilik selesa, tandas cantik. Hm okay la kan?

Kereta pulak kami sewa viva auto. Jimat gila minyak oo. Aku isi RM40 untuk 3h2m tu tak habes pun.

DAY 1

Kami tiba di airport Langkawi pukul 8.30 pagi.

Lepas ambil kereta sewa, benda pertama kene buat ialah sarapan. Lapar k. Haha. Jadi kami sarapan dekat warung tepi jalan je. Dekat Jalan Kuala Muda.



Perjalanan diteruskan lagi. Kami singgah di Telaga Habour untuk bergambar. Kcak kcak! Hahaha. Dekat telaga habour ni tempat letaknya kapal layar. Cantik-cantik semuanya.


Seterusnya kami ke Oriental Village. Oriental Village ni merupakan tarikan utama kat Langkawi ni memandangkan Sky Cab (cable car) pun dekat sini. So apa lagi yang ada dekat Oriental Village?


Tiket rate untuk semua yang dinyatakan di atas adalah berbeza. Yang pasti untuk Malaysian korang akan dapat lagi murah. So jangan lupa bawak IC please haha.
Aku amek pakej Sky Cab + Sky Dome + 6D Cinemation. Murah lah untuk pakej Malaysian. Hanya RM32 instead of RM60 for normal price. Jimat weh. Hehe.

Sky Cab biasalah naik cable car. Siapa yang takut tinggi tu hmm too bad sebab memang tak boleh pandang bawah la. Haha. Sky Dome tu pulak 3D cinema yang seolah-olah kau naik roller coaster berpusing-pusing. Yang ni aku tak gemar sangat. Rasa nak muntah je. Berpusing kepala rasanya. 6D cinemation pun naik roller coaster jugak. Tapi sebab dia 6D so effect dia lebih la. Haha. Siap kene percik air bagai. Yang ni nice la untuk cuba.

Sky Bridge pulak terletak dekat puncak Sky Cab. Kiranya kalau tak naik Sky Cab tak dapat la pergi Sky Brigde haha. Oh nak masuk Sky Brigde pun kene bayar RM5. Buat masa sekarang, jalan utama untuk ke Sky Brigde masih dalam pembinaan. Jadi, pelawat terpaksa ikut trail jungle trekking untuk ke Sky Brigde. Serious penat aku cakap. Better jogging hari-hari kasi fit sikit haha.


Untuk Water Orb and Roller Orb, hanya RM10 seorang dan RM18 untuk 2 orang. Durasi masa adalah selama 8 minit. Tapi aku tak main pun benda ni. Teringin je lebih hmm.



Lepas habes semua yang berbayar tu boleh la jalan-jalan dekat Oriental Village tu ada jual pakaian, cenderahati, boleh tunggang kuda, hand wax.

Oh kami pergi bagi ikan makan. RM1 je untuk makanan ikan. Best best!


Next, kami ke Telaga Tujuh. Tengok peta macam tak mampu je nak daki. Jadi kami ambil keputusan untuk lunch dekat situ. Not bad. Sedap jugak.

Perjalanan diteruskan menuju Pekan Kuah untuk check in. Penat dah weh. On the way tu kami singgah Teluk Yu. Pantai dia Ya Allah cantik sangat. Bila nampak ada macam stall. Kami beli air kelapa dan lepak tepi tu. Angin sepoi-sepoi je pergh.

Sebelum sampai ke Pekan Kuah kami singgah lagi di Ayer Hangat. Usha internet kata free, jakgi rupanya kene bayar. Sigh. Ingatkan boleh mandi rupanya celup kaki je. Hahahaha. Tapi papepun tetap best. Layaan. 

Kami siap cuba foot massage lagi. Memang best la.
Dinner hari pertama dekat kedai mamak sebelah motel je. Tak larat nak keluar dah. Zzzz.

DAY 2

Hujan lebat di Pekan Rabu, Pekan Kuah Langkawi.
Walaupun hujan, aktiviti island hoping kami tetap diteruskan walaupun mula agak lambat sebab nak tunggu hujan reda.

Kami dijemput dari motel ke jeti yang terletak berhampiran dengan motel tersebut.

Okay, island hoping best jugak. Ada 3 pulau yang kami lawati. Pulau beras basah, pulau Lang dan Tasik Dayang Bunting.





Di Tasik Dayang Bunting, ada beberapa aktiviti lain yang boleh pelancong lakukan. Di sana ada solar boat (RM30 untuk 2 orang), kayak (RM30 untuk 2 orang) dan berenang (sewa life jacket RM5). Pelawat boleh jugak rendam kaki dalam tasik tu, lepastu ada ikan keli gigit-gigit kaki korang hehehe. Nice weh.
Island hoping habes dalam pukul 2 macam tu. Kami dihantar balik ke motel dan kami pun bersiap untuk next journey huhuhu

Kami ke Padang Matsirat dan Beras Terbakar mencari souvenirs. Not bad. Memang kalau takat keychain, baju tulis ‘Langkawi;, kain batik, kat sini la tempat best nak shopping. Keychain 1 RM1 sahaja.

Petang tu kami kembara mencari cokelat haha. Kami ke Langkawi Saga dan Kompleks HIG. Buat para penchenta cokelat, kalau tak bawak banyak duit jangan masuk nanti menangis tak berlagu hahaha. Kami pun shopping sakan di dalam kompleks itu. Well, aku usha coklat tu banyak rupanya bukan aku punya. Sibuk belikan yang orang kirim, aku punya sikit je.

Kompleks HIG ni besar. Ada hotel, bazaar dan foodcourt sekali. So lengkap la kan. Kami dinner dekat HIG Foodcourt. Murah dan sedap. Just nice.

DAY 3

Hari terakhir kini tiba. *sedih.

Kami mulakan hari dengan sambung shopping hahaha. Lepastu baru breakfast dekat HIG Foodcourt. Lepastu pulang ke motel untuk berkemas dan check out.

Kami meneruskan misi ke Underwaterworl Langkawi yang terletak di Pantai Cenang. Entrance fees for Malaysian : RM30 per person.



Dalam ni boleh tengok macam-macam jenis ikan, ketam dan memacam la hidupan laut. Burung pun ada jugak. Tarikan ialah pada penguin shows yang diadakan pada waktu petang. Ada beberapa shows yang bermula dari pukul 2.30 petang. So kene bajet-bajet masa la nak masuk sini so dapat tengok free show sekali.

Tengok jam, nak pergi airport awal sangat lagi. So kami ke Pantai Kok lepak makan coklat hehe
Dan kami pun berhuhuhuhu

Alhamdulillah selamat tiba di KLIA2 pukul 9.45 malam.

Panjang gila okaaaaay post aku kali ni.

Tahniah kepada yang baca sampai habes.

Adios. Jaaaa na.