Skip to main content

Travelog : Krabi-Hatyai Jalan Darat

 
19 Ogos 2015 | Rabu

Alhamdulillah. Krabi-Hatyai done!

2 dalam 1 dalam 5hari4malam.

Hari Pertama

Perjalanan bermula dari KL Sentral. Kami naik train ktmb Senandung Langkawi yang bertolak dari KL Sentral ke Padang Besar.



Pengalaman pertama naik train yang ada katil. Haha. Bessttt. Well, aku tak pernah pun naik train macam ni selama ni. Selalunya train dari Shah Alam ke KL Sentral pun baru 30 minit. Ini mahu sampai 8-9 jam. Terbaaaaik.

Untuk yang tak pernah naik train macam tu, ketahuilah train tu ada koc yang berbeza-beza ikut harga. Ada yang seats sahaja dan yang ada katil macam kami duduk tu. Kemudahan lain dalam train ada café, surau dan toilet. Katil yang disediakan pun selesa. Ada langsir di tingkap dan tempat duduk. So privacy tu ada lah. Jangan risau.

Hari Kedua

Kami tiba di Padang Besar pagi, tapi kami Subuh di dalam train. Setibanya di Padang Besar, kami beratur untuk Passport Stamping. Lepastu, kami pun sarapan! Yummy. Di sini masih boleh guna duit Malaysia, dan gerai makanan dekat stesen ketapi ni sediakan makanan Malaysia. Setakat Nasi lemak dengan teh tarik tu memang ada la. Jangan risau. Hehehehe

Dari Padang Besar kami menaiki van ke Krabi. 4 jam wooo. Hahaha. Mohon bawa snek atau download game siap-siap untuk mengelakkan bosan.

Dalam perjalanan tu kami berhenti di satu Food court, aku tak tahu nama dia sebab tulisan Thailand haha. Kat sini dia serve makanan halal yang murah dan sedap. So recommended jugak la.
Atas banyak sebab kami sampai ke Krabi awal. Yeayy. Haha. Seterusnya kami check in hotel. I Krabi hotel, serious cakap, cantiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiik gila. Besaaar sangat. Sesuai la kalau nak honeymoon datang sini hehehehe.



Pukul 5.30 petang kami keluar lagi untuk tour ke Krabi. Kami berhenti di Crab Statue untuk bergambar kenangan di Krabi.

Lepastu kami ke Krabi Night Market untuk membeli-belah. Shopping time! Haha. Kami decide untuk shopping souvenirs dekat sini sebab tour guide kami kata tempat lain nanti lagi mahal. Jadi, tanpa berfikir panjang, kami shopping sakan hari pertama tu haha. Tapi memang tak menyesal sebab dekat tempat lain memang jauh lagi mahal. Bayangkan, kat pasar malam ni, untuk souvenirs macam keychain, fridge magnet tu harganya 200 baht untuk 11 unit barang. Di tempat lain rata-rata menjual 100 baht untuk 3 unit barang. Mana murah? Haha

Kalau nak beli baju tshirt Krabi pun boleh la nak beli dekat pasar malam ni sebab banyak pilihan dan murah. Baju lengan pendek bermula dari 100 baht, dan baju lengan panjang bermula dari 150 baht. Kalau di Aonang, baju tshirt lengan panjang boleh mencecah sehingga 350 baht. Mahal oooo.

Malam tu kami mencuba makan Tom Yam Seafood originally dari Thai. Komen aku? Hm aku suka TomYam Malaysia yang ala Thai lagi kot hehehe. Mungkin sebab orang Malaysia dah modified jadi kaw kaw pekat pedas tomyam tu. Dekat Thailand ni biasa je. Tapi sedap dimakan waktu panas. Makanan yang aku paling suka kat Krabi, somtam. Somtam ni sebenarnya kerabu je. Cumanya kerabu dekat sini murah dan ada macam-macam jenis. Ikan, sotong, ketam, kerang, betik, manga. Perghh meleleh air liur weh cerita. Sedap sangat. Pergh pergh.

Kami pulang ke hotel dengan gembira setelah sakan bershopping. Haha

Hari Ketiga

Kami bersiap dengan pakaian nak pergi island hoping. Lepas sarapan, kami tunggu van yang pick up kami untuk island hoping. Kami ambil pakej 4 island hoping + buffet lunch. Pakej dah termasuk dalam pakej travel kami. Pukul 9 pagi, kami dijemput dari hotel dan dihantar ke jeti.

Orang Malaysia ni memang peramah, jumpa dekat ceruk mana pun mesti nak bertegur.

Waktu kami tunggu boat kami ambil, kami berjumpa dengan sekumpulan pakcik-pakcik *diorang suruh panggil abang yang naik boat sama dengan kami. Borak punya borak. Sakan jugak la. Haha

Island hoping kami bermula dengan Poda Island.



Poda Island. Subhanallah. Terlalu cantik. Ada satu batuan besar yang menunjukkan kita dah sampai 

Poda Island. Air laut dia memang takyah cite lah, sangaaat jernih. Turquoise gituh. Kami diberi masa dalam 40 minit disini untuk mandi-manda dan bersiar-siar keliling pulau.

Seterusnya, kami ke Sea Island. Ni tempat pertama kami singgah untuk aktiviti snorkelling. Boat berhenti di tengah laut berdekatan batuan besar. Kami diberi 30 minit untuk snorkelling. Pengalaman pertama dalam hidup aku untuk aktiviti snorkelling ni. Gilaa ah cuak. Aku nyaris lemas sebab panic. 

Laut dalam kot. Mana cecah kaki. Hahaha. Tu la untung sape pandai berenang.

Seterusnya kami ke Chicken Island.

Ia dipanggil chicken island sebab bentuk batuan tu dari jauh menyerupai ayam. Memang lebih kurang la. Di sini, kami dapat snorkelling lagi. Yeay. Kali ni aku dah boleh kawal diri dan snorkelling dengan gembira hahaha. Air yang sangat jernih membolehkan kau tengok ikan-ikan cantik yang sangat banyak di sekeliling. Nice experience. Seriously.

Next, kami ke Tup Island. Kami berhenti untuk lunch disini. Menu lunch kami nasi, kari ayam hijau dan sayur campur. Sedaaap sangat kari hijau tu. Haha. Only in Krabi. Pulau ni pun cantik. Lepas makan, kami sambung mandi-manda. Tengah mandi tu pun boleh tengok ikan dekat je dengan kita. Banyak pula tu.

Destinasi terakhir kami ke mainland. Dekat sini ada gua. Aku dan Bihah ke gua tu untuk meninjau khazanah alam di bumi Krabi ni. Memang cantik. Aku ambil keputusan untuk mandi bawah gua tu sebab tak panas haha.

Kami sampai di hotel dalam pukul 3.15 petang. Perasaan masa tu, penaaaaaaat. Tapi memang best.

Baru je nak rehat kejap, mesej baru masuk. Akaka bam tour guide tu ajak amek skuter. Memang dah plan pun cuma malas betul rasa sebab penat sangat baru balik kan. Skuter dekat sini best deal boleh dapat 150-250 baht. Terpulang kepada rezeki anda. Pandai cari yang murah dapat la hehe. Isi minyak dalam 50 baht pun cukup. Minyak kitorang pun berlebih. Rugi je. Bak kata Nanad ‘Tak best la kalau tak try skuter Thailand’. Best feeling ever weh dapat bawak skuter jenjalan Krabi ni. Serious. Lek je.

Sebelah petang tu sebelum malam menjelma, kami try Thai Massage. Murah je kalau kene tempat. Area I Krabi Hotel ada satu tempat massage ni 200 baht je untuk 1 jam Thai Massage compared to Spa massage dekat Aonang boleh cecah sampai 350 baht untuk massage yang sama. Memang sangaat lega. Seronok la lepas penat seharian shopping jalan sakan, kita amek masa kejap rehatkan badan.

Malam tu kami meronda dengan skuter mencari makan malam. Halal Food dekat Krabi tak susah. Cuma boleh kata mahal jugak la kan harga makanan dia. Dah alang-alang dekat Thailand ni, kami sempat la merasa Pok Tek (Tomyam Putih), Somtam (Kerabu) dan Telur Dadar mereka dekat sini. Not bad rasa dia. Tapi honestly Malaysia punya version lagi kick la hehehehe.

Lepas dinner kami sambung shopping souvenirs. Dekat Aonang ni boleh kata souvenirs mahal dari Krabi Night Market. Jadi perlu nya skil tawar menawar sampai dapat. Kalau dia tak nak kasi kurang sikit kita blah je pergi tempat lain. Memang boleh dapat murah punya. Kalau tak reti, meh hakak ajarkan. Haha

Hari Keempat

Bangun pagi dengan malas sebab dah tahu harini nak balik. Arghhh I’ll miss Krabi seriously.
Kami naik van ke Hatyai dalam pukul 9.00 pagi. Perjalanan ke Hatyai mengambil masa 4 jam lagi. Memang kerja aku tido bangun tido jelah hahaha.

Destinasi seterusnya ialah Hatyai Shopping Plaza. Sampai Hatyai dalam pukul 3.45 petang. Benda pertama kami buat, cari lunch dulu. Halal Food area ni agak susah. Puas jugak kami pusing-pusing. 

Akhirnya menjumpai Hamid Restaurant Hatyai. Aku rasa macam tu je satu-satunya yang Halal. Mungkin ada lagi tapi tak jumpa pun.

Seterusnya, last stop kami di Floating Market. Dekat sini boleh la nak beli makanan-makanan orang Thailand. Tak mahal sangat. 1 makanan dalam 30 baht je. Tak banyak sangat pilihan sebab ramai peniaga jual benda yang sama. Dekat sini ada land market jugak. So yang nak last minit shopping t-shirt ke, keychain ke sempat lagi la. Sini pun agak mahal. Perlukan skil tawar-menawar yang power. Haha.



Dan akhirnya kami dihantar oleh van ke pejabat tempat menunggu bas dari Hatyai ke Pudu Sentral Kuala Lumpur. Bas bertolak pukul 8.00 malam.

Hari Kelima

Kami tiba di Pudu Sentral jam 4.30 pagi. Terkebil-kebil rasanya. ‘Eh dah sampai ke?’ Punya lah lena aku tido dalam kepenatan hahaha.

Berakhirnya perjalanan darat aku ke Krabi Hatyai

Untuk mudah kan perjalanan anda, boleh ambil pakej travel dari Solehah Travel.
Kami dah, anda bila lagi?

Tahniah sebab baca sampai habes. Hahaha.

Jaaaa na J