Travelog : Ho Chi Minh City Vietnam

 
24 Ogos 2015 | Isnin

Alhamdulillah selamat jejak Malaysia petang semalam dalam pukul 6.30 petang gituh.

So, hows Vietnam?

Bagi aku, Vietnam ni memang kota shopping la. Kalau kau perempuan, dan kau kaki shopping, banyak gila benda boleh kau shopping dekat sana. Serious. Heaven. Barang murah, cantik, banyak pilihan, aum aum. Hahaha.

Since aku join trip shopping Viettnam by Solehah Travel. Perjalanan kami hanya bertumpu tempat-tempat murah untuk shopping. Tempat-tempat ni menawarkan harga borong. Jadi nya barang yang murah jadi lebih murah. Sangat terbaiik. Pakej RM699 termasuklah flight pergi balik dengan Vietnam Airlines, hotel, transport, tour ke tempat menarik dan tour guide. Nice kan? Memang nice pun. Tinggal makan je sendiri.



Hari Pertama

First time aku naik Vietnam Airlines ni, nice sangat! Sama la standard dengan Malaysia Airlines. Dapat bagasi 30kg pergi balik, makan dalam flight. Flight pun besar.

Perjalanan ambil masa dalam 2 jam. So aku selamat sampai dalam pkul 4 petang.


Destinasi pertama kami di Linda Wholesale.

Nak cerita murahnya baju dekat sini, baju kurung yang dah siap dalam RM25-30 je. Jubah yang harga dekat instagram dalam RM125-200 tu dekat sini RM45 je wehh. Mana nak dapat. Material tiptop, jahitan pun kemas. Selendang lycra boleh dapat RM5 je sehelai. Gilaaa seronok aku memborong. Hahahaha.


Lepas sakan memborong tu barulah kami dibawa check-in hotel. Kami menginap di Tien An Hotel.

Lokasi hotel berdekatan dengan Lorong Malaysia. Di lorong ni banyak kedai makanan Muslim yang rata-rata owner nya orang Malaysia hehehe. So setakat nak makan Nasi Lemak dengan Roti Canai pagi-pagi tu takde hal la.

Di Lorong Malaysia ni pun, banyak kedai yang menjual barangan pada harga borong. Serious murah. 

Contohnya macam instant shawl yang material seperti jenama Naelofar Hijab, boleh didapati dengan hanya RM18 sahaja. Seronok betul kaum hawa. Kedai-kedai ni dibuka sampai malam.

Disebelah malam pulak, kami naik Cruise Sg Saigon. Terbaaaik. Dapat melihat pemandangan Ho Chi Minh city dari dalam cruise. 



Lepastu sambung shopping la hahaha. Ada pasar malam di belakang lorong Malaysia tersebut. Pasar malam ni murah jugak, cumanya kene pandai tawar. Mereka akan tipu kita dengan harga tinggi. Kita kene tawar sampai dapat 50% murah atau lebih. Diorang tahu kita ni dari Malaysia so dia tekan mahal-mahal padahal benda nak beli tu murah je.

Hari Kedua



Lepas breakfast di Lorong Malaysia kami ke China Town untuk membeli kain pasang sutera Vietnam. Katanya Vietnam ni femes dengan suteranya. Tapi kalau tengok material pun memang cantik dan lembut je. Harga boleh dapat sekitar RM25-60. Yang penting pandai tawar. Lagi banyak beli boleh dapat lagi murah.

Pada sebelah petang, kami ke tempat menjual barangan sukan. Kalau nak cari kasut sukan jenama adidas, nike, new balance yang murah, disini lah tempat nya. Terbaaik punya murah. Kasut yang sama kalau kita beli di Al Ikhsan atau official store dalam RM150-300 dekat sini boleh dapat dalam RM55-70 sahaja. Cuma nya yang tak best, saiz aku tak banyak. Nasib la kaki besar hahahaha.

Seterusnya kami ke Taka Plaza. Taka Plaza ni shopping mall la lebih kurang. Tapi yang terbaik tu dalam ni pun boleh tawar-menawar lagi. Haha. Dekat sini boleh cari barangan kulit, jeans, beg dan macam-macam lagi la. Boleh la kalau nak buat perbandingan harga.

Last untuk petang hari kedua, kami ke Ben Thant Market.


Okay ni paling banyaaak kedai dan paling banyaak pilihan. Boleh la nak cari hand bag berjenama, bagasi mahal-mahal dekat sini. Ada kain pasang, tudung, baju, barangan jeans, topi keledar dan macam-macam benda la.

Part best dekat sini. Barang memang murah. Like I said before, tawar je sampai 50% lebih murah, sure dapat punya. Kalau kau tak dapat, blah je. Nanti dia tarik kau then dia kasi harga tu. Hehehehe.

Part tak best dekat sini. Bila kau dah tanya harga tu, kalau kau tk jadi beli, dia hold tangan kau, sampai kau nak beli kat situ jugak. So samada kau kene beli jugak ataupun pandai-pandai la escape hahaha. Kalau kau berjaya escape nanti kau dengar la dia membebel dalam bahasa Vietnam. Haha.

Pada sebelah malam pula, kami dibawa ke tempat borong beg. Sebut je nak beg apa. Beg travel, bagpack, bagasi, beg laptop, beg jenjalan sume ado. Murah pulak tu. Beg dari jenama Deuter dan Kiplings boleh didapati disini. Seronok ah aku memilih beg time tu hahaha.

Lepas balik dari beli beg tu, kami sambung shopping di Lorong Malaysia dan Pasar Malam. Hahaha.

Peluang datang hanya sekali. Kita shopping sampai pengsan. Haha.

Hari Ketiga

Hari last ni, aku cuma berjalan sekitar Lorong Malaysia mencari barang-barang yang sedara mara tempah. Lepas tu buat last round check. Duit pun time ni dah tak ramai, so pandang jelah yang mana tak kesampaian nak beli tu. Nafsu tu nafsu. Haha.

Pukul 12 tengahari kami check out dari hotel. Ternyata semua bagasi telah beranak dengan jayanya.

Pukul 3.15 kami terbang meninggalkan Kota Ho Chi Minh. Selamat tinggal, Veitnam!

Mengenangkan Vietnam, sepanjang perjalanan boleh tengok padat nya penduduk dekat sini. Tour guide kami kata, lebih 8 juta penduduk di Ho Chi Minh sahaja. Di jalan raya pulak, kebanyakkan penduduk menggunakan motosikal. Banyaak sangat. Bila ditanya pada tour guide, tour guide kami kata, mereka di sini tak boleh buat loan nak beli moto atau kereta. Jadinya semua kene beli cash. 

Sebab tu lah bilangan penduduk yang bawak kereta sangat sikit.


Boleh bayang tak susah nya la nak dapatkan satu motosikal? Hmm. So bila tengok jalan raya senang la nak conclude yang ada BMW ke Mercedes ke, tu dah sure sure la kaya. Big bos mungkin hehe.

Lagi satu, berdasarkan pemerhatian aku, ramai yang aku nampak cacat. Macam yang Dr Rubiah bagitahu dalam kelas Plant Physiology, rakyat Vietnam masih mengalami kesan perang yang menyebabkan ramai antara mereka cacat kekal. Mungkin yang aku nampak tu terkena kesan chemical akibat perang lama dulu.

Bilangan Muslim di Ho Chi Minh sangat sedikit. Hanya ada 1 Masjid di tengah Bandar yang boleh memuatkan mereka. Katanya, hanya ada lebih kurang 50 keluarga Muslim di sana. Mereka dikalangan Melayu Champa yang berhijrah dari kampung untuk mencari rezeki disini. Sebab tu lah mencari makanan Halal agak sukar di sini. So terpaksa la makan di Lorong Malaysia hari-hari hehehe.

Jadi tu jelah catatan kali ni. Semoga bermanfaat hokey. Hehe

Untuk memudahkan semua contact Solehah Travel, agensi yang menguruskan my trip to Vietnam boleh lah hubungi : 011-32288957 (Ana)

Jaaaaa ne J