Skip to main content

Year 1 Officially End

 
Jumaat | 26 Jun 2015 |

Alhamdulillah. Dengan berakhirnya exam Biodiversity tadi maka berakhir lah Sem 2 aku sekaligus habis la tahun pertama aku di UNIMAS. Yahooo!

Cepat kot. Sangat cepat aku rasa.

So sekarang dah habis pun tahun 1 aku sebagai budak Biotech di UNIMAS 


 Hectic

Apa yang aku boleh conclude tahun pertama ni ialah hectic. Biasalah, kau budak baru masuk alam university yang sebenar. Well, asasi tu asas je. Haha. Read my lips “a sa si” . Hahaha. So asas jelah. Bila masuk degree ni baru kau nampak permainan dia. Mana nak susun jadual sendiri, assignments, berpersatuan, aktiviti kolej lagi. Semua nak kene seimbang demi menjadi pelajar cemerlang dan aktif serta tak ketinggalan dalam pelajaran. See, degree life tak seindah yang disangka. Haha

Banyak Main



Aku boleh kata tahun 1 ni aku banyak sangat main. Well, bila je aku serious? Heh. Tapi ni benda serious k. Pointer sem 1 aku tak berapa sangat. Syukurlah dapat 3 pointer ke atas tapi aku tahu aku boleh dapat lebih baik, cumanyaa tu la hahaha. Banyak sangat main. Tu lah bila masuk sem 2 ni dia macam insof sikit. At least dah boleh nak atur jadual kasi cun cun, setiap hari mesti kene belajar something. Sekurang-kurangnya takde la melagha je. Ish ish tak bagus betul.

Subjek

Kepada yang teringin bebenor hajat hati nak sambung bidang Biotechnology, meh akak share meh apa akak belajar 2 sem pertama ni hahaha

SEMESTER 1 –
Cell Biology
Microbiology
Biochemistry
Analytical Chemistry
Statistics for Biology

SEMESTER 2 –
Plant Physiology
General Genetics
Biodiversity
Statistics for Biology 2

Kalau tanya aku, best ke tak? Susah ke tak?

Aku jawab. Best kalau faham. Susah kalau hafal.

Harapan


Harapan Ramadhan ke macam mana ni? Haha. Okay tak lawak.

Harapan untuk Sem 1 ni, mengharap untuk pointer aku okaayyy. Bukan okay je. Flying colors sikit. Hehe. Mohon doa sumorang please. Doakan saya k *mata jeli-jeli

Aku doakan semua member jauh dekat yang tengah exam ke dah habes exam ke, berjaya dengan cemerlang dalam bidang memasing. In shaa Allah. Rezeki tu kalau ada tak ke mana. Percaya pada Dia.

In shaa Allah. Lepasni cuti 3 bulan, yahoo!

Will update more soon. Jaa ne J