Review : Prognosis

 
JUMAAT | 1 Mei 2015

Alhamdulillah, berjaya aku habiskan buku ini untuk minggu ni.

Next buku untuk di-share ialah buku Prognosis karya Dr Jack Naim.

Buku ni macam kisah hidup Dr Jack Naim ni dari dia kecik sampai besar sampai dia berjaya jadi doctor. 

Apa yang menarik nya, dia nak jadi doctor lepas dia khatam satu siri manga ni, kalau budak-budak manga mesti tahu ni, siri Black Jack. Manga Black Jack ni pasal doctor jugak la yang sangat hebat dan menggunakan kehebatannya utk menolong orang.

Well, termasuk ni. Dah dua kes aku dengar kisah laki terpengaruh cita-cita nya sebab manga. Just wondering, kuat pengaruh ek manga ni terhadap kaum Adam? Kbai

Bagi aku buku ni tersangat lah wajar di baca oleh para pelajar kos perubatan sebab sangat inspiring. Serious. Aku yang tkde kene mengena dengan doctor ni pun macam kagum habes dengan Dr Jack Naim ni.
Menyelami kisah hidup seorang doctor melalui buku ni membuatkan aku rasa macam pergh gempaknya doctor ni, salute habis. Diorang bukan saja kene bagus dalam segala hal, kene ada kemampuan yang tinggi dalam membuat keputusan di waktu genting, kene sabar, tegas, memacam lah.

Buat para pelajar perubatan yang tengah bertarung dengan segala macam kelas dan cabaran sebelum bergelar doctor, all the best! Be a good Muslim doctor J