Skip to main content

Review : Cool Japan Guide

 

AHAD | 26 April 2015

Alhamdulillah masih hidup.

Midsem tinggal satu je lagi paper *pheww

Sebenarnya aku dah lama terfikir nak kongsi apa yang aku baca dengan orang. Dia macam ni, aku suka baca buku so apakata aku share apa yang aku baca dengan sini. Mana tahu ada yang tak suka baca buku, tapi suka baca blog aku. Gituhh hahaha. Macam pantun dah pulak.

Selepas berjaya mendapat BB1M untuk kedua kalinya. Aku pun untuk kedua kalinya membelanjakan sejumlah nilai di MPHOnline. Hewhew. Senang kot. Gua klik sana klik sini. Checkout. Jakgi posmen hantar buku, kita pass cek kat dia. Cek bentuk BB1M la. Haha acah acah kaya.

Jadinya buku ni merupakan salah satu buku yang berjaya dibeli menggunakan cek BB1M

Tajuk dia Cool Japan Guide by Abby Denson.



Okay.

Usha tajuk pun dah boleh agak en pasal apa. Yes, pasal Jepun. Actually aku dari kecik memang tahap taksub ah Jepun ni apabenda pun pasal Jepun ni aku kagum hahaha. So buku ni sangat menarik sebab sangat banyak cerita pasal apa yang menarik dengan Jepun. Banyak nya perkataan menarik heh.

Buku ni diceritakan dalam bentuk kartun, so macam kau baca komik la. Santai je. Tapi info dia semua bagus bagus. Isi kandungan buku ni termasuklah keperluan kesana, tempat menarik, makanan tradisional, teknologi Jepun, adat budaya Jepun, sakura dan memacam ah.

Aku nak kongsi a few things la dekat sini.

Shinkasen (Bullet Train)

Okay. Jepun sangaaat femes dengan Bullet Train dorang. Train ni macam kebanggaan warga Jepun la. Tapi 
nak kata train ni sangat laju. Reka bentuk train ni macam flight. Mampu bergerak 300+/km. Lajuu k. Train ni merupakan kenderaan utama jugak la utk warga Jepun sebab train ni menghubungkan Bandar-bandar utama.

Otearai (Toilet)



Lawak en cite pasal toilet. Tak, cerita dia sekarang toilet Jepun sangat canggih. Toilet pun ada macam-macam jenis. Sume nya dilengkapi dengan suis bagai. Alat pemanas la. So memang memberi keselesaan kepada pengguna.

“Otearai wa doko desu ka?”

“Where is the toilet”

Haaa, memandangkan toilet adalah salah satu perkara paling penting utk kau tahu tempat dia. Wajib la untuk hafal ayat diatas bila ke Jepun nanti ya. Hehehe.

Hanami (Cherry Blossom Viewing)

Musim bunga di Jepun sangat meriah dengan Hanami. Hanami tu macam keluar pergi tengok bunga Sakura, gituh. Memang sakura ni bukan sahaja diminati pelancong asing, malah penduduk tempatan sendiri akan keluar berkelah, lepak lepak masa Hanami ni. Ni antara impian ni. Doakan aku dapat pergi, In shaa Allah. J

Takoyaki (Octopus Ball)

Takoyaki ni aku rasa dekat Malaysia pun banyak. Boleh dijumpai di Sushi King, Jusco dan sebagainya. Tako tu maksud dia sotong. Perkara penting untuk Muslim tahu ialah, Takoyaki dekat sana memang boleh dimakan sebab diperbuat dari tepung dan sotong. Tapi kene make sure bebetul sos dia. Sebab kebanyakan sos takoyaki diperbuat daripada pork. Ek, tercemar blog aku hahaha. So kene lah rajin bertanya ya.

Themed Café

Jepun ni kan terkenal dengan anime dan yang seumpama dengannya. Jadi themed café ni sangat menarik minat orang luar untuk try café yang bertema ni. Femes themed café macam Maid Café and Butler Café. Dekat Maid Café akan ada kawaii girls yang pakai baju maid comel-comel yang serve setiap pelanggan yang datang. Umpama nya setiap pelanggan yang datang tu majikan dorang. Style en. Butler café pulak dia konsep Butler. So bila perempuan datang ke Café tu butler tu sume akan layan kau macam tuan puteri. Even dorang akan panggil kau, tuan puteri. Sesapa rasa teringin nak jadi princess tu boleh la try hahaha.

Banyaaaaaaaaaaaak sangat benda nak cerita tapi kang panjang sangat pulak.

So kat mana nak cari buku ni? MPH ada. In shaa Allah.

Doakan aku dapat ke sana suatu hari nanti. In shaa Allah.

Done for now. Semoga bermanfaat. Jaaa ne.