Srikandi Solehah : Sejarah Kita



おはよう!

Ohayou!

Ohayou means Good Morning in Japanese. K anda telah belajar satu perkataan Jepun hari ini. Tahniah hahaha.



Isnin pagi memang kelas takdok jadi memang free and easy lah cerita dia. So harini rasa nak menulis lepas buat nota statistics tadi. *susah hokay heh

Oh jumaat lepas aku join lagi program anjuran Sakura tu, Srikandi Solehah. Topik dia: Sejarah Kita.

Talking about sejarah. Apa korang fikir?

Melaka?

Paleolitik?

Bosan?

Mengantuk?

Hahaha korang normal. Terfikir tak pasal Nabi Adam? Yeahhhhh sentap disitu.

Asal usul kita ni semua dari Nabi Adam AS since Nabi Adam merupakan nabi pertama yang diturunkan ke bumi. Aku teringat ada seorang penceramah ni pernah kata, kita ni semua keturunan nabi. Betul la kan? Nabi Adam. Hehe.

Secara mukadimah nya Kak Anis (penceramah haritu) dia buat kitorang semua brainstorming. Time sekolah dolu-dolu bukan ke kita belajar manusia zaman dulu hidup dalam Zaman Paleolitik, Neolitik, Mesolitik. So Nabi Adam kat mana? Dan mengikut sejarah manusia zaman dulu-dulu tu masih tak bertamadun dan bla bla bla. Jadi itu ke gambaran nabi kita waktu tu? Tak kan. I don’t think so. So kalau buku teks salah kita nak buat apa? *kita bakor jelah hahaha. K takde lah. Kita kene percaya lah yang Nabi Adam bukan hidup dalam tu. Well, Kak Anis trigger je tapi no exact answer for that. Sorry.

Seterusnya Kak Anis sentuh pasal kisah Zinnirah. Tahukah anda siapakah Zinnirah?

Pada zaman dahulu kala, ketika agama Islam masih disebarkan secara senyap oleh Rasulullah. Hiduplah Zinnirah yang merupakan hamba kepada Saidina Umar Al-Khattab. Umar yang sangat terkenal dan digeruni dengan sikap garang dan tegasnya. Pada ketika itu, Umar belum lagi menganut agama Islam. Beliau merupakan musuh Islam yang sangat kuat menentang Islam. Dalam masa yang sama, tanpa pengetahuan Umar, hambanya sendiri telah memeluk Islam secara senyap-senyap. Apabila diketahui oleh Umar tentang pengislaman hambanya, Zinnirah beliau menjadi tersangatlah marah. Zinnirah didera dengan teruk. Pelbagai cara digunakan oleh Umar terhadap Zinnirah supaya Zinnirah meninggalkan agama suci Islam. Tetapi Zinnirah tetap teguh dengan pegangannya. Sehinggalah Umar membutakan mata Zinnirah. Pada ketika itu juga, Zinnirah masih teguh dengan kepercayaannya.

Subhanallah. Dasyat kan Zinnirah? Sampai buta mata nya dan dia masih teguh.

Aku rasa ujian kita sekarang takde lah sampai nak kene butakan mata. Paling sakit pun perang mulut je. Nak modern lagi, perang media social. Perang status fesbuk je haha.

Jadi apa moral of the story dia? Kita hendaklah mencontohi Zinnirah dalam keyakinannya terhadap agama Allah. Kita hendaklah sanggup berkorban demi agama.

Kalau aku la kan, aku rasa malu tau. Zinnirah ni sampai buta mata. Kita ni? Apa yang kita dah buat untuk agama? Apa yang kalau kita buat untuk agama kita kene butakan mata? Kene cubit pun tak kot. Heh.
Tuhan tu Maha Adil. Setiap orang ada kelebihan dan kelemahan tersendiri. Kenapa tak kita gunakan kelebihan yang kita ada untuk Islam? Untuk kebaikan?

Contoh la kan.

Kau hebat gila buat photoshop and design macam tu. So kau boleh la design poster cecantik untuk tarik orang buat kebaikan. Lepastu orang pun tertarik nak baca. Lepastu orang amal pulak apa yang kau tulis kat poster tu. Ha nampak tak saham dia? Kan bagus macam tu.

Okay contoh lain.

Kau ni malas belajar tapi suka ngat melukis. Apakata dari kau lukis anime seksi meksi takde pekdah tu kau buat komik strip ringkas pasal aurat ke, pasal hadis ke. Manusia ni suka yang senang je. Kalau aku tanya pun, daripada buku yang penuh tulisan tu dengan buku penuh gambar mesti kita pilih yang bergambar kan. 
Lagi lagi kalau warna warni. Semangat k nak baca. Haha.

See, tak susah pun nak buat baik. Hehe

Oleh itu. Moh le kita fikir apa yang kita boleh buat. Hmmmmm *thinking mode ON*



Semoga bermanfaat. Jaaaaaaaaaaaaaaaaaaa