Skip to main content

Srikandi Solehah : Antara Tugasan dan Tanggungjawab


20 Mac 2015.

Petang Jumaat yang indah. Tak hujan, tak panas sangat. So-so.

Alhamdulillah jiwa terpanggil nak join program Srikandi Solehah anjuran JASSA (Jawatankuasa Surau Kolej Sakura).

Credit to : FB Kolej Sakura 


Niat memula terpandang ke poster program tu of-coz la MERIT. Hahaha. Tapi bila dah masuk surau, dengar akak jemputan tu bagi ceramah, cair rasanya. Kenapa niat aku untuk merit je? Bukan untuk ilmu yang berharga ni? Astaghfirullah. Niat pun bertukar. *kecingkecing

Tajuk perkongsian hari ni, Mahasiswa: Tugasan dan Tanggungjawab.
Bila ditanya oleh akak penceramah, Kak Yuha apa tujuan kami turun ke surau selain merit. Semua macam krik krik krik je. Pasal merit je sebenarnya. Sebenarnya kene ada effort jugak lah. Peak hours tido kot 12.30-1.30 petang tu. Tapi ku gagahi jua. Ecehhh haha. 

K sambung.

Jadi bila Kak Yuha tanya macam tu aku sedikit sentap. K tu yang terus tukar niat tu. In shaa Allah untuk ilmu yang bermanfaat.

Kata Kak Yuha, hidup seorang mahasiswi ni bukan sahaja tugas dia baca buku, belajar, siapkan assignment dan bla bla bla. Hidup kita perlu menyumbang kepada masyarakat. Nak kata kita bukanlah masuk university ni semata-mata belajar lepastu lupakan orang sekeliling. No. Kita kene sambil belajar sambil menyumbang. Mungkin menggunakan ilmu yang kita ada tu, kita share atau kita gunakan untuk kebaikan orang lain. Bukankah setiap orang tu ada kelebihan dia? Kenapa kita taknak gunakan kelebihan kita untuk kebaikan masyarakat. Bukankah itu lebih mulia?

Ada Kak Yuha cerita waktu dia pergi melawat ke kampung-kampung untuk meninjau kehidupan masyarakat, sebenarnya orang kampung tu bukan nak mintak sumbangan ke apa ke. Tengok ada orang datang melawat pun mereka dah cukup gembira. Jadilah kan, ada jugak orang nak jenguk mereka. Dapatlah mereka nak berkongsi cerita. Itu je dah boleh membuatkan mereka gembira.

Aku teringat cerita Sab masa dia join Persaintek (Persatuan Sains dan Teknologi Sumber) melawat ke SMK Sebuyau yang terletak di sebuah pedalaman. Sab kata sepanjang perjalanan tu siap ada orang kampung yang melambai-lambai ke bas Unimas dengan gembira sekali. Nak tunjuk betapa gembira nya orang kampung tu menerima kunjungan kecil mahasiswa Unimas waktu tu. Aku rasa kalau diberi peluang ikut program tu mesti best. Mungkin lain kali, in shaa Allah.

Seterusnya, orang sekeliling lain macam pensyarah, cikgu, roommate, housemate. Penting untuk kita care pasal diorang. At least tahu diorang dah makan ke belum? Pergi mana? Balik pukul berapa? Bukan nak suruh busybody tapi for at least tahu diorang kat mana. Let’s say something happen kat roommate kau, dan kau tak tahu lansung dia kat mana? Tak ke kau rasa bersalah seumur hidup sebab kau sebagai roommate dia pun tak tahu keberadaan dia selama ni. Jangan nanti nasi dah jadi bubur baru nak menyesal. Macam cikgu contohnya, kita dah masuk university ni jangan lah lupa dengan cikgu pulak. Bila jumpa buat menyombong je macam tak kenal. Cikgu ni kenkadang cam tau muka kita. So kalau kita buat macam tu tak ke kecik hati cikgu tu? Mana peranan kita sebagai anak murid dia untuk hormat dia, ingat dia, hargai dia. Fikir-fikirkan lah.

Banyak tanggungjawab dan tugas mahasiswi di sebenarnya. Cuma kita ni sedar ke tak sedar kita ni banyak tanggungjawab. Aku bukan orang alim. Aku bukan si perfect yang nak bajet bagus. Aku pun manusia biasa. Mungkin perkongsian harini menyentap aku. In shaa Allah menyentap semua yang datang tadi. Semoga kita diberi pertolongan Allah untuk tetap teguh. Untuk sentiasa ingat akan tanggungjawab sekeliling.

Ehem. K bukan nak membebel. Tapi itulah yang Kak Yuha pesan. Saje nak kongsi dengan sini. Hehehe. K jangan serious sangat. Senyummm sikiiiit. Hahaha

Alhamdulillah. Jumpa lagi.

Semoga bermanfaat ya! Jaaaaaaaaaaaaaaaa.