Skip to main content

20-an

 

8 MAC 2015

Alhamdulillah. 20 tahun 1 hari. Hehehe


Hari jadi yang ke-20, yang paling hambar mungkin?

Sebenarnya awal tahun lagi aku dah usha birthday aku jatuh hari Sabtu dan otak aku ligat berfikir dengan harapan mak abah boleh datang sini dan aku dengan mak boleh celebrate birthday bersama-sama ohyeah. 

Tapi semua bukanlah semudah yang otak aku rancang. Abah mengambil pendekatan proaktif dengan menempah tiket ke Medan bercuti dengan mak. Cettttt. Aku gak la tinggal keseorangan termangu-mangu di sini sobs.

20 tahun.

No ice-cream, no cakes, no jokes. Hahahaha. K saya dah besar.

20 tahun.

Aku dah nampak jalan berliku yang harus aku tempuh di usia ini. Jalan dakwah yang aku kene pikul dan lalui. Kenkadang aku terfikir, berapa lama lagi aku nak elak tanggungjawab dakwah, sampai bila aku nak buat alas an itu ini, sampai bila nak guna alasan masih tak bersedia. Ya, aku masih tak bersedia. Entah sampai bila.

Cuma, aku rasa aku kuat bila berada dalam bulatan tarbiyah, bila berada dalam bulatan usrah aku. Bersama kawan-kawan yang tak perna jemu bagi nasihat. Tak pernah berhenti nasihat secara berhikmah. Aku selalu fikir aku penat, aku nak rehat. Tapi semudah itukah untuk mendapatkan syurga tertinggi Allah? Mungkin aku dah bersedia. Mungkin juga tidak. Semoga aku dan kawan-kawan thabat di jalan ni.

Pabel kata, mohon tabah.

Oh kepada yang memang tak putus-putus wish aku via Whatsapp, message, Facebook, thankyouuuuu for all the wishes.

Terima kasih Mir atas ucapan panjang lebar di entry blog anda.

Terima kasih Elis atas ucapan super-cute anda di Whatsapp. Haha. I like the ‘happy-go-lucky-ness’ part. Hahaha.

Terima kasih Pabel, jahitkan kain aku lepastu terus kasi free hahahahaha

Terima kasih Jiisan atas usaha menjadi orang pertama tu hahaha walaupun aku sangat sangka kau takkan ingat birthday aku punya lah hehe

Terima kasih Bihah, kau lupa birthday aku. Tapi kau belikan aku Famous Amos Cookies yang versi faveret aku yang biskut lemau Soft Cookies tu as birthday present. Betapa kau sanggup bersusah-payah ke Airport memandangkan kat situ je ada jual femes emes. *nangissssssss

Sayang korang semua. Arigatou gozaimasu!! *bow *muah ciked.