Skip to main content

Travelog : Medan

 
Assalamualaikum duniaaaaaaaaaaa! 
Alhamdulillah masih diberi nyawa hari ini.

Aku menjejak kaki ke bumi Medan, Indonesia minggu lepas la lebih kurang tapi tersangatlah takde masa nak menghapdate semua aktiviti disana.

Jadi, harini. Let’s talk about Medan!

Medan.



Salah satu tempat pelancongan yang agak popular dalam Negara Indonesia. Kepada penggemar alam sekitar, pemandangan semula jadi memang wajib datang sini.

Danau Toba tersangaaaaat lah cantik yang amat. Danau tu maksudnya tasik. Jadi, Danau Toba turut dikenali sebagai Tasik Toba.

Day 1

Kami tiba di Kualanamu Airport dalam pukul 8.45 am lepas jumpa Pak Ahmad (tourist guide) kami terus ke van dan dibawa menuju ke Parapat iaitu salah satu tempat di Danau Toba.

Biasalah baru turut plane tu perut dah bunyi bunyi mintak makan hahaha. Kami sepakat mintak Pak Ahmad berhenti memana untuk breakfast. Jadi kami singgah di Restoran Ayam Goreng Mania. Aku rasa ni macam high class restaurant sebab tengok gaya pelayan pakai baju seragam balik, tempat pun bersih, susunan dalaman memang sedap la mata memandang hehehe. Jadi kami pun makan.

Aku, adik aku, Hazirah dengan membe sekolah aku, Aman, kami order Bakso Tauhu which cost Rp 15 000 lebih kurang RM4.50 mcm tu lah. Bila dah sampai k faham. Bakso Tauhu ni rupanya dia Bakso biasa macam kat Malaysia cumanya tauhu yang dia letak dalam bakso tu ada isi. Kan selalu tauhu dalam dia kosong en, cuma ada ruang udara ceh. Ni dia ada daging! Hahaha gue bagitahu lo ya sedap banget! Hahaha. Oh air kami order dari menu, Manis Dingin. Sekali sampai teh o ais daaaaa. Manis dingin eh? Okay fine hahaha


K kami meneruskan perjalanan setelah kenyang. Sekali Pak Ahmad kata perjalanan ke Parapat ambil masa 5 jam. Pergh panas ah tempat duduk 5 jam kot. Memula tu aku eksaited gak lah usha kiri kanan tengok pemandangan. Lelama layu jugak mata gue. Haha. Sudahnya diam satu van tu tido. Vacation ni melalui travel agency yang kali ni ada 11 orang. Aku, Hazirah, Aman, Makcik aku dan suaminya,  sepasang suami isteri lain dan 4 lelaki yang 2 antara mereka bujang cehh hahaa.

Dalam perjalanan yang 5 jam tu ada jugak Pak Ahmad cerita. Medan ni dihuni majoriti kaum Batak. Kaum ke bangsa ke aku tak pasti lah. Batak ni ada 5 bahagian. Yang cuma 1 daripadanya yang Islam. Boleh bayang la kot sebab sepanjang perjalanan kau boleh nampak gereja dengan sangat senang.

Memandangkan hari pertama tu hari Jumaat. Jadi para lelaki yang ada masih wajib menunaikan solat Jumaat. Kami berhenti di salah sebuah masjid untuk memberi laluan abe abe itu semua sholat.

Sebab nak tunggu 5 jam tu sangat lama dan perut tu meminta makan tengahari jadi kami seperti dijadualkan singgah di Restoran Panorama. Sajian lauk pauk masakan Padang. Nice lah jugak tapi aku makan tak leh masuk sangat sebab banyak sayur heh! Hahahaha. Selesai makan kami solat jamak then teruskan perjalanan wewewewe

Aku terjaga bila dah nak sampai. Kepala pening macam hape je sebab jalan macam Bukit Putus, macam jalan pegi Cameron Highland gak. Macam ular kene palu, tahu? K bagus. Perut lapar balik (baru bangun tido kot biasalah) hahaha.



Lepastu tengok tingkap. Perghhhhh Subhanallah ni ke Danau toba? Cantik gilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. 

I’ve seen Danau Toba in Google image but the real Danau Toba is far more beautiful than in the internet. 

Well, cemana canggih pun kamera tu real punya gak yang lagi cantik kan.

So aku jakun kejap tengok tasik tu besar gilaaaaa. Jakgi Pak Ahmad mula la bercerita. Danau Toba ni terhasil dari bekas gunung berapi lebih kurang 25 tahun dulu. Ia tasik semula jadi lepas berpuluh tahun kene hujan la apa lah. Luas tasik ni 100 km x 30 km. Besar gila en? The best part is dekat tengah tasik tu terbentuk pulau sebesar Singapura yang telah dimajukan dan didiami masyarakat Batak sampai harini. Pula utu dikenali sebagai Pulau Somasir. Jadi, pulau tu turut dijadikan sebahagian tarikan kepada pelancong yang datang ke Medan.

K Danau Toba ni dari jauh dah nampak cantik gila. Semakin kami menghampiri Parapat, semakin jelas tasik ni, pulau tu. Dan aku memang rasa amaze sangat tengok semua tu. Tersangat lah cantik tak ternyata, tak ter-describe ha hamek kau hahaha.

Parapat ni salah satu kawasan kat keliling Danau Toba yang turut didiami oleh kaum Batak. Masih ada golongan Muslim yang tinggal dekat sini. Jadi dapatlah kami makan hehehe.

Sampai je kat Parapat kami check-in hotel. Mungkin lagi sesuai dipanngil chalet. Bebetul depan tasik. Cantik gila view k. Depan bilik siap ada ferri tersusun. Memang sugoii ah.

Malam tu kami makan kat salah satu gerai makan Muslim kat Parapat tu. Lepas makan, balik bilik balik lepastu tido J

Day 2

Bangun pepagi aku dah bukak pintu nak tengok view tasik. As expected, Subhanallah! Cantik amat!



Sarapan disediakan pihak chalet. Dah kenyang kami pun menuju ke jeti untuk naik ferri. Ke Pulau Somasir ke kita!

Macam biasa memula naik ferri dia macam over eksaited. Pastu tunggu punya tunggu tak sampai-sampai. Haaaa baru tahu. Jauhhhhhh wehhhh. Hahaha last last duduk je diam-diam. HAHAHAHAA.


Perjalanan memakan masa hampir 2 jam kot sebab memang lama dah senang cerita. Kami singgah di perhentian ketiga tak silap aku. Disebabkan feri ni kenderaan hubungan utama masyarakat setempat jadi bukan kami jelah penumpang feri ni. Ramai la kaum Batak bersama kami atas feri. Lepastu feri akan berhenti setiap jeti kampong turunkan penumpang. Kami turun di jeti Kg Tomok.

Memula Pak Ahmad tunjuk la peta pulau tu memang besaq habeh lah.


Lepastu kami terus ke makam raja kaum Batak ni. Aku pun tak tahu kenapa kene visit makam tapi aku ikut jelah kan. Sejarahnya, raja Batak dulu-dulu tak ditanam dalam tanah sebaliknya mereka ditanam dalam batu. K technically tak de la tanam, letak je dalam batu then simen, kot. Seram lah tempat tu serious cakap hahaha

Lepas lawatan tu kami diberi peluang shopping sesikit sebab kat situ memang banyak kedai jual souvenirs yang kau kene kaw kaw mintak tawar sebab agak mahal hehe. Tapi tu lah banyak barang yang tulis Lake Toba means mungkin tempat lain kau tak jumpa dah benda tu. Yelah tempat lain dia tulis la “Tempat Lain” kan? Haha



Sesampainya kami di jeti Parapat, kami menaiki van menuju ke satu kawasan tanah tinggi ni untuk minum secawan Bandrek. K bandrek ni apa? Bandrek ni bahasa Melayu dia teh halia la. Katanya kat tempat tu sedap. Order secawan dapat 1 goreng pisang free haha. Well, aku tak try pun. Seram ah halia hahaha.

Lepas mengeteh halia, kami pun beraktiviti bebas. Aku, Hazirah, Aman dan Pakngah Makngah aku menikmati durian Indonesia. K Pakngah belanja. Aku tak berapa makan sangat durian ni, tapi sebab nak rasa durian indon kan aku telan gak la hahaha. So nice la. Manis je. J

Next destination, Air Terjun Si Piso Piso. Nama dia macam tu sebab katanya Piso tu maksudnya Pisau. Air Terjun tu macam pisau. Mungkin lah kot. Tapi nak kata Air Terjun tu cantik ya amat!



Hari kedua ni lunch kitorg sumpah lambat gila aku dah menggigil lama. Menuju ke Bandar Medan memakan masa 5-6 jam jugak. Kat situ baru lunch. Gila betul sampai sana dah 6.30ptg. Buka puasa la jawabnya. Sume dok makan diam dan laju hahahahahaa. Nampak la disitu.

Seterusnya kami ke Factory Outlet. Btw, aku tak minat sangat baju dia dalam tu sebab sangat-lah-tak-muslimah. Rupanya sebelah tu ada lagi kedai sports plak. K tu aku masuk aku membeli beg sandang. Kalau dekat Al-Ikhsan dalam 60-70 sini boleh la dapat 30-40 sebab duit sana kan. Hehehe I loike.

Lepastu makan malam. Oh aku nampak ice-cream ni seberang foodcourt. Well, bila ice-cream bertemu aku memang chemistry dia kuat. Jadi aku pun pesan la satu nak try hehe. Sebab aku pegi dengan abang ni dia pun nak jugak. Tetiba dia nak belanja pulak. Save la duit aku hahaha


Oh coconut ice-cream dia amat sedap! Sedap banget nih. Kbai

Pulang untuk check in hotel di Bandar Medan.

Day 3

Bangun pagi pegi sarapan naik van menuju ke kedai-kedai yang menjual telekung, batik dank ain pasang. I can say that boleh la kau nak usha usha kalau berkenan kau beli lah.Tapi nak kata harga nak dibandingkan dengan Bandung memang tak boleh lawan. Mahaiiii bakhang. So dikala orang lain sibuk menyopping sana sini aku usha je ahahaha

Last destination sebelum airport is Istana Maimon. K aku tak masuk pun istana tu sebab aku nampak banyak kedai jual memacam depan istana tu. Dan yang paling menyakitkan hati kedai-kedai tu lagi murah jual barang dari 2 kedai yang kitorang singgah pagi tu. Zzzzz. Tapi tak semua la barang yang sama ada, k itu beza dia. Tapi kalau macam t-shirt tulis Medan tu dekat kedai tadi tu Rp 50 000, dekat sini Rp 30 000 sahaja. Okay la sedih. Tapi aku berjaya la menghabiskan duit disini. Haha

Bila dah dekat airport, kene sediakan airport taxes hokay. Dulu aku pegi Bandung taxes dia Rp 75 000, sekarang dah naik oiiii Rp 200 000. Banyak k dia naik mendadak. So yeah mohon sediakan duit taxes hokay.

Lepastu sampai Malaysia. K

Alhamdulillah panjang sehhhhhhhhhhhh aku tulis.

Semoga bermanfaat. Jaa ne.