Skip to main content

Ta'lim

 
 



6 Disember 2014


Alhamdulillah. Sesuatu berlaku harini dan ia membuatkan aku rasa lebih semangat nak menulis. Ye, trimas!

K harini nak share satu benda baru yang best.

Pada suatu ketika dulu, mak usrah aku cakap yang kitorang kene buat ta’lim dekat surau dan ajak orang datang ta’lim tu dengar kitorang bagi tazkirah.


K firstly, ta’lim tu apa? Ta’lim tu macam satu sesi perkongsian ilmu. Jadi, kiranya kitorang la akan menjadi penyampai ilmunya. Ta’lim ni tak lama. 30-45 minit camtuh. Ringkas tapi padat, in shaa Allah.

So nak jadi cerita, kitorang semua macam tak berapa nak berminat la dengan cadangan mak usrah tu pada awalnya. Dia macam alamak susah nya, malu nya nak bagi talk bla bla bla.

First time kami laksanakan ta’lim tu. Setiap  ahli usrah aku kene bawak sorang kawan at least untuk dengar ta’lim tu. So ada la beberapa orang luar selain member bulatan usrah kitorang. Dan 
Alhamdulillah perkongsian tu berjalan dengan sangat baik. Dari minggu ke minggu,  bertambah pulak orang yang datang ta’lim tu.

Macam tak caya je setiap minggu makin ramai datang. Alhamdulillah. Kitorang pun dah tak segan nak share ilmu. Bukan nak kata kitorang hebat ke apa, kitorang pun buat research jugak. Cuma bila tengok usrahmates cerita benda-benda best rasa macam masuk sangat ke dalam hati sanubari. Terus lekat ke otak haha


So nak kata, benda baik ni kenkadang terpaksa dimulakan dengan ‘terpaksa’. Tapi bila dah lama-lama buat, disulami pula dengan perasaan ikhlas tu in shaa Allah benda tu bertemu keberkatan juga akhirnya. Sekarang, aku jadi automatic sendiri. Oh dah jumaat, harini ada ta’lim! Terasa semangat nak dengar harini cerita apa pulak.


In shaa Allah pada masa-masa akan datang bila free, aku share dekat sini eh? Hehe

Jumpa lagi. Salam. Jaaa J