Skip to main content

Pujian vs Ujian

 
5 Disember 2014


Pejam celik dah sampai Disember dah sekarang. Ya Allah betapa pantas nya masa berlalu dah hujung tahun dah. Tak lama lagi dah nak Year End Sale #eh hahaha


Aku nak share something harini. Kisahnya, harituh time scroll punya scroll instagram, ternampak satu gambar ni. Dia macam ouch sentap.




Pujian.

Siapa yang tak suka kene puji? Siapa yang tak mendambakan pujian?

“Cantik lah kau harini”

“Kau Nampak lain la weh”

“Pandainya kau, selalu dapat markah tinggi”

“Kau ni alim la. Bagus sangat”

Sedarkah kita bila perkataan pujian itu dibuang huruf “P” nya akan menjadi Ujian?


Ujian

Berapa ramai yang lepas kene puji dia humble? Atau kah humble tu hanya di mulut sahaja.

“Eh mana de lah”

“Kau lagi cantik apa, aku ni biasa-biasa je”

Padahal dalam hati

“Eh cantik eh aku harini. Esok pakai macam ni lagi la”

“Ish dia ni selekeh la tengok macam aku kemas je”



Astagfirullah. See pujian tu ujian. Kita mudah bongkak riak takbur bila kene puji. Kalau tak terluah pun mesti terdetik dalam hati. Kala upon kita nak cakap kuat-kuat tapi ketahuilah Allah itu Maha Mendengar.


Jadi next time, bila kita kene puji kan. Say this,

Hadza min fadli rabbi

Maksudnya : Semua ini adalah anugerah dari Tuhanku




So boleh la praktik lepas ni.

“Style nya lukisan kau” “Hadza min fadli rabbi

“Cantik nya rambut” “Hadza min fadli rabbi



See senang kan? In shaa Allah sesame lah kita amalkan. Sesungguhnya ilmu yang bermanfaat tu bila kita belajar, kita praktik dan kita sampaikan dekat orang lain.

Oh salam subuh semenanjung! Haha


Gua mintak diri dulu lah. Assalamualaikum. Jaaa J